Thursday, December 23, 2010

Thank You Allah.

Syukur alhamdulillah berbanyak syukur
Allah jua yg Maha Kuasa menyempurnakan segala cita-cita..
tiada yg boleh melawan kehendak Nya
thank you Allah..
mengurniakan satu lagi kejayaan dalam keluargaku
Anakandaku... mendapat 8 A perfect score PMR
terima kasih guru-guru yg mengajar
terima kasih isteriku tercinta
kepada Allah ditujukan segala pujian
Akulah hamba Mu yg mengharap..

Wednesday, December 22, 2010

Berita Dari Nya

Baik sekali jika kita dapat berita
dari Tuhan
tentang penerimaan Nya
akan diri kita
sesungguhnya...
orang yg baik-baik,
wali wali Allah,
para ulama,
para pejuang agama,
ahli ibadah,
yg ikhlas, bertakwa, beriman...
mereka mendapat berita,
berita dari Allah,
bahawa Allah mengampuni mereka dan
mengasihi mereka,
maka, di wajah mereka ada nur, ada sinar kebahagiaan,
hingga org lain kasih pada mereka...
jatuh hati... hormat, tertarik,
wajah mereka ada cahaya kebahagiaan,
bila mereka hampir meninggal dunia,
berita disampaikan pada mereka, bahawa..
Tuhan meredhai mereka,
dan mereka pun redha pada Tuhannya..
Oh Ya Allah
dapatkah aku menjadi seperti mereka itu.

Wednesday, December 15, 2010

Hamba Yg Dicintai Allah

Daripada Saad bin Abi Waqas, berkata dia, Rasulullah SAW bersabda: maksudnya, "Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, kaya dan menyembunyikan amalan sedekah dan ibadahnya hanya kerana-Nya." (Riwayat Imam Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa Allah amat mengasihi hamba-Nya yang kaya dan bersifat takwa. Penting kedua-dua sifat itu jalan seiring, akan membawa hidup harmoni dan masyarakat pun sejahtera. Kaya bagus tapi kaya saja tak cukup, perlu bertakwa. Jika ada kedua-duanya, hidup akan sejahtera, dan dapat menolong orang lain kerana Allah.

Bagaimana nak jadi kaya? jawapan yang biasa ialah kalau nak kaya bekerjalah... Sebenarnya Islam menunjukkan cara mendapat rezeki yang halal yang berkat. Ada banyak kunci rezeki. Ada banyak Hadis menerangkan kunci rezeki. Antara kunci rezeki paling utama ialah beristighfar dan bertaubat, selalu menolong orang susah, bertakwa dan bertawakal. Pada hemat saya, kita hendaklah ikhlas dalam amalan kita, dan selalu suka berkhidmat untuk agama. InsyaAllah ada rezeki untuk kita.

Tuesday, December 14, 2010

4 Jenis Nafkah Yg Tak Terhingga Pahalanya.

Rasulullah SAW pernah menegaskan dalam hadisnya yang bermaksud:
Empat jenis nafkah yang tidak terhingga banyak pahalanya:
a. Nafkah terhadap kedua ibu bapa.
b. Nafkah terhadap perbelanjaan berbuka puasa.
c. Nafkah kerana menyediakan perbelanjaan makan sahur.
d. Nafkah kerana menanggung isteri dan keluarga.
(dicatat dalam Mohd Halid Kasrin, "Zuriat mu Zuriat ku.", Johor Bahru)

Marilah kita hayati Hadis ini, kehendak dan pengajarannya. Syukur pada Allah yang menjanjikan balasan baik yang tidak terhingga kepada kita dengan kita memberi nafkah kepada sekelian di atas. Hendaknya menjadi motivasi kepada kita, dan menjadi renungan kepada isteri-isteri bahawa tanggungjawab suami harus dihargai. Kerana semua itu perintah Allah. Perlu difahami betapa berat perintah Allah. Ibu bapa tidak boleh dilupakan. Isteri dan anak-anak tidak boleh diabaikan. Semuanya ditanggung oleh suami. Kerana dia adalah pemimpin dan pembimbing.

Friday, December 10, 2010

Kita tak keseorangan....

Assalamualaikum,
Teman-teman dan pengunjung blog ini.

Memang kehendak Allah tiada siapa dapat menghalang. 25 tahun lalu saya tak menjangka dunia kita akan menjadi seperti hari ini,dengan kemudahan internet dsb. Sememangnya dunia kini tiada sempadan lagi pada hakikatnya. kita mudah berhubung, berkomunikasi.. hendaknya kita gunakan kemudahan ini untuk meningkatkan iman, untuk perjuangan agama, untuk menambah ilmu pengetahuan. Insya Allah dalam dunia ini kita tak keseorangan.. kita ada ramai kawan seperjuangan dalam menegakkan syiar agama.
Mari memuji Allah yang memberi ketenangan hati kepada kita dan keluarga. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Saya dan anda, kita semua.. mari gerakkan satu perjuangan kembalikan suasana takwa dan mahabbah dalam hidup kita. Suburkan hati kita dengan iman. Bakar semangat juang. Pada masa yang sama, serikan rumahtangga kita dengan bunga-bunga cinta. Sayangi ahli keluarga kita sepenuhnya. Pasangan hidup kita itulah orang terbaik yg Allah tetapkan untuk kita usahakan kebahagiaan dunia akhirat. Anak-anak kita itulah pewaris perjuangan kita. Tapi jangan sekali-kali lupa ibu bapa kita.

Di kesempatan posting ini, saya ingin berkongsi satu hadis :
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Rabi'ah bin Ka'ab al-Aslami, "Wahai Rabi'ah, mintalah sesuatu daripadaku." Rabi'ah menjawab:"Aku minta agar dapat bersama tuan nanti di syurga."
Baginda bersabda lagi : "Apakah ada permintaan yang lain ?" Rabi'ah berkata: "Itu sahaja." Rasulullah lalu bersabda yang bermaksud : "Maka bantulah aku dengan memperbanyakkan sujud." (Riwayat Muslim)
Hadis ini menyatakan kita boleh bersama-sama Rasulullah di Syurga Firdaus dengan rahmat Allah, dengan kita banyakkan solat sunat.

Wednesday, December 8, 2010

Disember yg Indah

Ini semua kurniaan Zat Yg Maha Mengasihi
kesejahteraan ini
kebahagiaan ini
semua ini pimpinan Nya jua
jiwa bagai mati hidup semula
Oh Allah..
Puji pujian buat-Mu
Alhamdulillah..
syukur pada Mu,
memimpin kami ke jalan bahagia
semoga kekal ke akhirnya.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah.

Bersempena tahun baru Hijri ini, mari kita berazam perbaiki diri, tingkatkan perjuangan dan pengorbanan untuk agama. Kita berusaha menjadi orang yang dicintai Allah swt. Siapa orang yang mendapat cinta Allah?

1. Orang yang bertakwa. (Rujuk Surah al-Tawbah :4)

2. Orang yang cepat-cepat bertaubat. (Rujuk Surah al-Baqarah:222)

3. Orang yang adil (Rujuk Surah al-Mumtahanah :8)

4. Orang yang bertawakal. (Rujuk Surah Ali Imran: 159)

5. Orang yang berbuat kebaikan (Rujuk Surah Al-Baqarah : 195)

6. Orang yang berjuang pada jalan Allah (Rujuk Surah al-Saff:4)

Saturday, December 4, 2010

Only Be Satisfied with Me

My Joy -
My Longing -
My Sanctuary -
My Friend -
My Food for the Journey -
My Final End -
You are my spirit, and my hope.
You are my yearning.
You are all my Good.
Without You - O my life, my love -
I would never have wandered
Across these endless countries.
How many gifts and graces You have given me!
How many favors You have fed me from Your hand!
I look for your love in all directions
Then, suddenly, its blessing burns in me.
O Captain of my heart -
Radiant Eye of longing in my chest -
I will never be free of you
As long as I live,
Only be satisfied with me,
Life of my heart,
And I am satisfied.
( Rabiatul Adawiyah)

Friday, December 3, 2010

Kedudukan insan

Pendapat ini masyhur di kalangan ahli tasawuf:
"Berdasarkan tahap ujian, begitulah kita dapat kedudukan. "

Hendaknya kita sentiasa bersabar jika menerima ujian daripada Allah.

Rasulullah SAW bersabda : maksudnya, "Yang paling banyak ujian di kalangan manusia ialah para nabi, kemudian yang seumpamanya dan yang seterusnya." (Riwayat imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah daripada Saad bin Abi Waqas)

Tuesday, November 30, 2010

Apabila Allah kasih

Sabda Rasulullah SAW, Allah SWT berfirman: "Maka apabila Aku kasih kepadanya, Aku menjadi pendengaran, penglihatan dan tangan yang menguatkan baginya. jika dia minta sesuatu kepada-Ku nescaya Aku tunaikannya." (Riwayat Bukhari dalam al-Jami' al-Sahih).

Sahabat.. janganlah lepaskan peluang ini. Allah menjanjikan sesuatu yang sangat besar, sangat utama, sangat mulia kedudukannya kepada kita. Bagaimana mendapat kasih Allah.. Banyak jalannya, melalui amal ibadah, melalui mujahadah, melalui jihad, melalui kita mencintai Allah beserta taat, zuhud, tapi mesti dengan ilmu.. dan semua itu mesti juga ikhlas, tiada syirik, tiada riya', ujub, takabbur. Ada orang mengatakan jalan menuju Allah, boleh dilalui dengan meninggalkan dunia yang melalaikan. Hal dunia yang membawa kepada keredhaan Allah tetap baik. Pekerjaan yang membawa manfaat kepada keluarga dan orang ramai, memang sangat baik, sangat wajar dikembangkan. Perkara yang merosakkan keluarga dan masyarakat hendaklah dijauhi. Hiburan hiburan dan hidup berseronok-seronok sahaja kadangkala banyak bahayanya. Nabi hidup sederhana. Para sahabat Nabi hidup sederhana. Ulama ulama hidup sederhana. Kita ini pun patut mencontohi mereka semua. Kita usahakan keluarga sakinah, bukan keluarga yg punah.. Saya bukanlah mengaku baik sangat.. jauh sekali sampai macam tu. Cuma nak kongsi pandangan. Apa yang kita nak sebenarnya? Kalau nak gembira, hidup dalam takwa dan iman lebih menggembirakan lagi. Lebih puas daripada kepuasan orang-orang yang melakukan perkara yang lalai. Anda lebih tahu daripada saya.

Lepas daripada kesempitan..

Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang sering beristighfar, nescaya Allah melapangkannya daripada kekusutan, melepaskannya daripada kesempitan dan memberinya rezeki daripada sumber yang tidak ia sangkakan. " (Sunan Abu Daud)

Thursday, November 25, 2010

Siapa mewarisi Syurga Firdaus

Nama Firdaus itu ialah tingkatan syurga yang tertinggi dan terakhir, iaitu ke seratus. Siapakah akan dimasukkan ke sana? Kalau kita baca Quran kita akan jumpa penjelasannya. Antaranya ialah Ayat 1 hingga 11 Surah Al Mukminun yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah berbahagia orang-orang yang beriman, yang khusyuk di dalam sembahyang mereka dan yang berpaling dari perkara sia-sia dan mengeluarkan zakat dan yang memelihara kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan apa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan mereka, maka tidaklah mereka tercela, Tetapi barangsiapa mahu lain daripada demikian, maka mereka itu ialah orang-orang yang melewati batas. Dan yang menjaga amanat dan janji-janji mereka. Dan yang memelihara sembahyang mereka, mereka itu ialah orang-orang yang menjadi waris, yang akan mewarisi syurga (Firdaus) yang mereka akan kekal padanya (di dalamnya)."

Satu perkara yang ingin saya perkatakan ialah semua syarat-syarat itu mesti diikuti untuk dapat balasan baik dari Allah, dan senarai itu dimulai dengan khusyuk di dalam solat dan diakhiri dengan memelihara solat. Oleh itu, kita perlu ingat.. khusyuk tapi tidak memelihara solat tidak cukup.. memelihara solat tapi tidak khusyuk juga tidak cukup.. jagalah kedua-duanya.. Dan jauhilah perbuatan dosa. maksiat. Balasan Allah amat berat. Sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sama aliran pemikiran. Hidup tak lama.. kehidupan akhirat pulak kekal abadi. Apalah diikut rasa hati dan nafsu yang tak elok. apalah gunanya keseronokan sementara tapi derita tak berkesudahan akhirnya. orang yang bijak bersedia untuk kehidupan yang kekal. Manusia biasa tak lepas dari salah dan dosa. Yang baiknya ialah kembali kepada jalan mustaqim, jalan taubat.. jalan takwa menuju Allah. Ingat selalu pesanan Rasulullah.. berpegang pada Al Quran dan Sunnah, insya Allah kita akan selamat . Nabi sayangkan kita.. Nabi doakan kita.. tapi kita janganlah lupakan baginda. ikuti ajarannya, dan berselawat selalu dengan hati penuh rindu, penuh kasih pada Rasulullah. Baca sirah Rasulullah. Bacalah tentang kehidupannya dari kecil hingga dewasa, keluarganya, susah payahnya, kemenangannya, perjuangannya, kejayaannya, manhaj yang dibawanya. Orang yang mempunyai hati akan mengalirkan air mata keinsafan mengenang pengorbanan Nabi.

Tuesday, November 16, 2010

Intisari ayat 77, Surah al Qasas.

Sebenarnya... ayat ini (maksudnya ada dalam posting saya sebelum ini) menyatakan fokus kita sepatutnya ialah kebahagiaan di akhirat. dan di samping itu kita jangan lupakan bahagian kita di dunia. Kita hendaklah menggunakan sumber-sumber dan pemberian di dunia sebagai jalan kebahagiaan akhirat. Kita jangan buat perkara merosakkan. Kita hendaklah menjauhi apa yang dilarang agama. Yg penting gunakan segala sumber, berupa umur, kesihatan, masa, harta, wang ringgit, sumber insan khususnya keluarga, client, semuanya ditujukan ke arah mencari keredhaan Allah. Jangan sebaliknya. Jangan jadi bodoh dengan menjahanamkan diri sendiri. fikirkanlah maksud firman Allah ini. Ingat pesanan Nabi selalu. Nabi pun suruh kita ingat akhirat tapi jangan lupakan keperluan dunia, contohnya Nabi suruh kita beribadat seolah olah kita mati esok hari, dan bekerja seolah-olah kita hidup seribu tahun. Wallahu'alam.

Jangan lupa bahagian mu...

Mari kita fikirkan firman Allah ini:
"Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." (Surah al Qasas 28: 77).
Ayat ini mempunyai semua maksud kehidupan yang bahagia. Panduan yang Allah beri amat lengkap. Ikut saja jangan ragu-ragu... carilah bekal seberapa banyak untuk negeri akhirat.. tentunya dalam pencarian dan perjalanan itu, kita berasa bahagia kerana mengikut perintah Allah, dan kerana merasa dicintai oleh Yang Maha Penyayang. Dan Allah menyuruh kita tidak melupakan bahagian kita di dunia.. Dalam hal ini termasuklah ikatan perkahwinan dan hal-hal kekeluargaan.. Kongsikan kebahagiaan yang kita rasakan bersama-sama orang yang disayangi. Jalani hidup yang indah ini dengan penuh kesyukuran dan hati yang riang. Insya Allah kurniaan dari Nya bertambah lagi. Percayalah..

Thursday, November 4, 2010

Bukan sebab amalan

"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya." Sahabat bertanya: " Walaupun kamu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW "Walaupun saya, melainkan dengan limpah rahmat Allah SWT kepadaku." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Antara kata-kata Sahibul Jauharah Tauhid: "Allah memberi pahala kepada kita semata-mata kerana rahmat dan limpah kurnia-Nya. Sebaliknya jika diseksa semata-mata kerana keadilan-Nya."

Wednesday, November 3, 2010

Kata-kata Junaid Al Baghdadi

1. Rindu pada Allah itu membuangkan dosa.
2. Kamu tidak mencapai baqa' (kekal dengan Tuhan) sebelum melalui fana' (hapus diri)
3. Lupa mengenang Allah lebih teruk dari azab neraka.
4. Orang yg hidupnya bergantung kepada nyawanya akan mati bila nyawa itu bercerai dari badan. Tetapi orang yang hidupnya bergantung dengan Allah tidak akan mati.
5. Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan Allah. Lebih baik lidah itu bisu jika tidak menyebut nama Allah. Lebih baik telinga itu pekak, jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah. Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melakukan suruhan Allah.
6. Orang yang bergantung kepada usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dari ibadatnya.
7. Orang yang dicintai Allah itu akan dilorongkan Allah untuk berkawan dengan auliya' Nya.
8. Orang yang mengkaji sesuatu dan tidak mengkaji perkara perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan.
9. Orang yang makan banyak tidak dapat melakukan ibadat.
10. Bagi murid, dunia ini masam, tetapi manis dari segi kerohanian.
11. Empat ratus orang guru agama sebulat suara berkata bahawa seseorang itu hendaklah melakukan ibadatnya dengan penuh khusyuk hingga tidak terlintas di fikirannya yg lain kecuali Allah.
12. Seorang sufi itu ibarat ladang, di mana baja diisi, dan menghasilkan bijian-bijian yang baik.
13. Orang yang benar-benar ikhlas mencari Allah akan mendapatnya.

Kata kata Mansur bin Umar

1. Barangsiapa ingin berjumpa dengan ahli dunia, akan berjauhan dengan Allah.
2. Kebersihan hati dicapai dengan 4 latihan: Bercampur dengan auliya' Allah, mengaji Quran, solat di waktu malam, mengeluarkan air mata pada masa solat subuh.
3. Orang yang lari dari makhluk menuju Allah adalah hamba Allah sejati.

Apalah dunia ini

1. Banyak hal keduniaan membawa kerosakan saja. Memang Allah menguji kita dengan dunia. Manusia ramai yang tertipu dengan dunia. Banyak yang palsu.. Banyak yang merosakkan. Banyak yang menipu. Manusia berlumba-lumba mengejar dunia. Rupa-rupanya menambah kehinaan. Tidak lebih dari kehinaan yang berpanjangan. Tak berkesudahan. Setiap hari dari celik mata hingga tidur kembali tak sudah-sudah hal yang penuh kepalsuan menjadi agenda rutin manusia. Nanti bila dah sakit nak mati baru ingat nasib di alam barzah dan di akhirat Hari Pengadilan. Baru kesal masa hidup dihabiskan hal yang sia-sia. Tak guna... Dah tak guna.
2. Dunia ini harus dijalani, harus diusahakan kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Dunia ini ladang akhirat. Carilah kehidupan akhirat, tapi jangan lupa habuanmu di dunia. Itu perintah Allah. Betul, benar sekali. Cuma kita ini... yang jadi cabarannya, berbagai perkara keduniaan yang diusahakan dan diuruskan rupa-rupanya banyak yang sia-sia saja.. kita tak sedar kita membazir masa, tenaga, wang ringgit, harta, dan segala sumber dihabiskan untuk yang sia-sia. Kalau tak percaya kita sama-sama tunggu Mahkamah Allah nanti. Sebenarnya setiap detik waktu terlalu berharga untuk dihabiskan dengan hal yg tak berfaedah. kita bermegah-megah dengan dunia.. Tunggulah masanya kebenaran tersingkap. Ketakutan menanti bagi mereka yg sesat. Sesat kerana menghambakan diri pada dunia. Sesiapa yang zalim, sesiapa yang sombong, sesipa yang menyusahkan orang lain, akan mengalami perasaan cemas yang amat dahsyat. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Besar. Sesiapa yang memilih akhirat dan meninggalkan dunia yang melalaikan, mudah-mudahan selamat.
3. Jika kita ada keluarga, kita uruskan keluarga kita. Jika kita sebatang kara, kita jaga diri kita. Selamatkan diri kita dan ahli keluarga kita dari balasan neraka. Tinggalkanlah hal keduniaan yang merosakkan. Mungkin nampak indah semua itu, tapi hakikatnya kita membazir sumber. Saya mengingatkan diri saya sendiri. Jangan tertipu dalam kehidupan singkat ini. Jika Allah mengilhamkan kita untuk berubah, mudah-mudahan itu tandanya masih ada harapan untuk kita. Mulakan kehidupan yang cemerlang. Jadilah pejuang agama, bukan hamba dunia tunduk pada bisikan syaitan iblis laknatullah. Allahu akbar.

Friday, October 15, 2010

Maksud Ayat-ayat Al Quran Penawar Jiwa

1) Al Ankabut: 2 -3. " Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh. Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

2) Al Baqarah : 216. " Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

3) Al Baqarah : 286. " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (hingga akhir ayat).."

4) Ali Imran : 139. " Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman. "

5) Ali Imran : 200. "Wahai orang-orang yang beriman !Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung."

6) Al Baqarah : 45. " Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."

7) At Taubah : 111. " Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. (hingga akhir ayat..)"

Thursday, October 14, 2010

Penawar Jiwa

Hidup ini penuh dengan cubaan dan ujian. Kadangkala kita berduka lara. Kita berdukacita. Kita menerima ujian yang berat. Dunia terasa sempit. Bagai tidak nampak jalan keluar. Pandangan kabur. Hidup berendam air mata. Bagaimana mencari jalan keluar? Bagaimana kita boleh kuatkan semangat? Bagaimana kita akan bersabar dan redha? Adakah bantuan akan tiba... Sabar.. Redha.. itulah jawapan yang pertama dan utama. Dapatkan pertolongan dengan sabar dan solat.

Berikut ialah Ayat-ayat Al Quran yang boleh membantu kita bersabar dan redha.. serta bertawakal kepada Allah di samping berusaha sesuai dengan syariat Allah. Fikirkanlah maksud ayat-ayat ini, insya Allah hati menjadi damai..

1. Surah al Ankabut, ayat 2 - 3.
2. Surah al Baqarah, ayat 216
3. Surah al Baqarah, ayat 286
4. Surah Ali Imran, ayat 139,
5. Surah Ali Imran, ayat 200
6. Surah al Baqarah, ayat 45
7. surah at taubah, ayat 111

Kita sama-sama renungkan firman Allah ini. Insya Allah kita jumpa penawar jiwa.

Tuesday, October 12, 2010

Mimpi Rasulullah SAW tentang umatnya

Daripada Abdul Rahman bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di israqkan..."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua ibu bapanya.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya , ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah swt memberi minum hingga ia merasa puas.

6 Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah swt lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturrahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku, lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah swt lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
WALLAHU A'LAM

Monday, October 11, 2010

Tabiat ketawa dan menangis.

10 jenis tangisan manusia menurut ibnu Qayyim:
1. menangis kerana kasih sayang kelembutan hati
2. menangis kerana rasa takut
3. menangis kerana cinta
4. menangis kerana gembira
5. menangis kerana menghadapi penderitaan
6. menangis kerana terlalu sedih
7. menangis kerana rasa hina dan lemah
8. menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. menangis kerana mengikut-ngikut orang menangis
10. menangis orang munafik (pura-pura menangis)

Tangisan menginsafi dosa adalah terpuji. Tangisan takut akan azab Allah juga dipuji. Tangisan kerinduan seorang hamba Allah kepada Tuhannya adalah sangat indah. Tangisan taubat dapat mengharamkan tubuh dari api neraka jika Allah terima taubat itu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi, maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka". (Hadis ini tercatat dalam "Senyum dan Tangis Rasulullah s.a.w." susunan Hidayatullah Mohd. Syarif Aziz, cetakan kedua 2006: ms 65).

Sebaik-baiknya kita ini biarlah banyak menangis kerana Allah dan sedikit ketawa. Ketawa berlebihan tak elok, betul tak? Ketawa berlebihan tanda lalai dan jahil. Ketawa seorang ilmuwan (atau ulama) akan hilang ilmunya, hilang wibawanya, turun martabatnya jika ketawa berlebihan. Ketawa seorang jahil akan bertambah keras hatinya, perasaannya. Elok ingat Allah sentiasa. Bukan tak boleh bersuka ria boleh. Nabi pun ada masa bergurau dan berjenaka, tapi jenaka nabi jenaka yang benar bukan yang tak benar. Berbalik kepada menangis, sesorang itu otomatik akan berasa hiba jika dia mengenang betapa baiknya Allah terhadap dirinya dan orang-orang yang disayanginya. Betapa banyak nikmat Allah pada kita.. betapa banyak Allah melepaskan kita dari kesusahan.. betapa banyak pula dosa telah kita lakukan.. betapa banyak rezeki Allah telah kurniakan kepada kita.. betapa dalamnya cinta kasih sayang Allah kepada kita... Hanya yang merasai dapat mengerti.
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa." Sabda baginda lagi:" Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis." Marilah kita insafi perkara ini. Janji Tuhan itu pasti, kerana sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

Saturday, October 9, 2010

Cinta dunia menguasai hati.

Solat itu adalah ibadah paling utama.. solat mendekatkan diri kepada Tuhan. Solat ubat hati, penawar jiwa.. Solat penghibur hati, penyejuk fikiran. Solat membawa kita ke lembah kedamaian. solat pembuka pintu cinta abadi. Tiada yang lain yang lebih membahagiakan daripada solat yang khusyuk penuh ikhlas. Jangan solat kerana rasa terpaksa, jiwa takkan tenang kita kan berdosa.
Seringkali manusia melepaskan peluang mengalami perjalanan rohani yang tinggi nilainya melalui solat. Insan tidak mahu berkomunikasi dengan Tuhannya di dalam solat, langsung tidak memberi perhatian akan apa yang diucapkannya kepada Tuhannya. Selepas solat baru menyesal dan mahu berdoa. Sayang sekali peluang dilepaskan begitu saja kerana fikiran terlalu asyik hal duniawi. Sedangkan ada yang lebih utama, tidak diutamakan. Firman Allah, maksudnya "Hai orang-orang yang beriman janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Siapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. " (Surah Al Munafiquun: 9).
Dunia ini tempat ujian.. dunia menghiburkan, dunia juga menjadi cubaan ujian kesabaran.. Ramai hanyut kerana kesenangan duniawi. Apakah nilai dunia di sisi Allah s.w.t? "Rasulullah SAW berjalan-jalan di pasar di kelilingi oleh para sahabat. Kemudian beliau melewati bangkai seekor anak kambing yang telinganya kecil. Lalu beliau memegang telinga anak kambing itu, seraya bertanya:" Siapakah di antara kalian yang mahu membeli bangkai ini seharga satu dirham?" Para sahabat menjawab, "Wahai Rasulullah, tidak ada dari kami yang menyukainya, buat apakah bangkai itu?" Beliau bertanya lagi "Apakah kalian mahu, jika bangkai ini diberikan kepada kalian secara percuma?" Mereka menjawab, " Demi Allah, seandainya binatang itu hidup pun cacat, apalagi telah menjadi bangkai?" Lalu. Nabi SAW bersabda, "Demi Allah, sesungguhnya dunia ini lebih hina dalam pandangan Allah, melebihi hinanya bangkai ini dalam pandangan kalian. " (Hadis riwayat Bukhari)

Thursday, September 16, 2010

Indahnya cinta.

Apabila kita Cinta kepada Allah, dan kita merasai Allah cinta kepada kita, itulah kebahagiaan sejati, hingga membuatkan kita memiliki segala-galanya. kita menjadi kaya, kita menjadi cukup segala-galanya.. cinta yang menafikan halangan jarak, fizikal, harta, atau kematian.
Bagaimana mendapatkannya? Perlulah kita selalu menginsafi diri, selalu solat dengan khusyuk, berzikir, selalu berdoa dengan penuh pengharapan, suka bersendirian mendekatkan diri pada Tuhan, selalu membaca dan tadabbur al Quran dan sentiasa berjihad melawan nafsu. Apabila Allah menyintai kita, kita juga dikasihi oleh semua makhluk yang baik-baik. Perhatikan hadith ini:
Sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:
"Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail seraya berfirman, "Sesungguhnya Aku mencintai si polan, maka cintailah dia." Jibrail pun mencintainya, kemudian menyeru di langit, "Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia." Maka penduduk langit mencintainya, kemudian dia mendapat penerimaan di dunia.
" Jika Dia membenci seorang hamba, maka dia memanggil Jibrail seraya berfirman, "Sesungguhnya aku membenci si polan, maka bencilah dia." Jibrail pun membencinya dan kemudian menyeru kepada penduduk langit, "Sesungguhnya Allah membenci si polan, maka bencilah dia," Maka mereka pun membencinya, kemudian ia dibenci di dunia. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Saturday, September 4, 2010

Hasan al Basri

Kata-kata Hasan:
1. janganlah kamu tinggalkan amalan agama kamu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu, bahkan mereka itu mengganggu Allah.
2. Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.

Satu ketika, Hasan dan beberapa orang pergi ke kaabah. Di tengah jalan sampai ke satu perigi, mereka semua dahaga tetapi tiada tali timba untuk mengambil air itu. Hasan berkata, "Saya hendak sembahyang, semasa saya sembahyang tuan tuan akan lihat air itu naik ke atas, tuan-tuan bolehlah minum air itu untuk hilangkan dahaga. " Perkara itu benar-benar berlaku. Tetapi ada seorang daripada mereka, setelah minum sepuas-puasnya, telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan. Air itu pun dengan tidak semena-mena turun ke bawah semula. Apabila beliau bertanya peristiwa itu, Hasan menjawab,"Itu adalah kerana kurangnya imanmu untuk bertawakal bulat-bulat kepada Allah."

Pendapat Hasan:
1. Kambing itu lebih sedar daripada manusia kerana mengikut kata gembalanya. tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
2. Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah.
3. Mengumpulkan harta benda lebih buruk daripada minum arak yang mana adalah dilarang oleh al kitab.
Hasan ditanya: "Bagaimanakah kamu?"
beliau menjawab, "Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air".

Friday, September 3, 2010

Salam Ramadan, Salam Syawal....

Beberapa perkara bermain di fikiran sehari dua ini.. Elok rasanya diperuntukkan sedikit masa yg amat berharga ini menulis di blog saya yg agak lama terbiar ini.. Blogging bukanlah suatu yang merugikan, pada pendapat saya. Ia banyak memberi kepuasan, dan banyak membuka ruang untuk menguatkan jati diri, percambahan minda, berdakwah, berkongsi ilmu, memuhasabah diri, mengingatkan diri sendiri, merekodkan peristiwa dan menyimpan kenangan indah dalam hidup.
Ingin buat sesuatu yang bermakna dalam hidup? Ingin jadi insan yang passionate? ingin punya perasaan yang dalam terhadap sesuatu? Ingin menyintai sesuatu perkara? Ingin berbakti? Ingin berbudi kepada insan lain yang baik-baik yang sehaluan dengan kita? Inginkan hidup lebih ceria? Lakukan aktiviti yg sihat seperti menulis, mengajar, mendidik, memberi bimbingan atau apa saja hobi yang boleh masuk akal, atau kita boleh menulis blog. Mungkin dah beberapa lama anda ingin lakukannya tetapi selalu tergendala. Selalu seperti tiada waktu, atau selalu saja tertangguh. Nah inilah masanya.... Mulailah pekerjaan yang baik-baik itu yang anda suka lakukannya. Bagi saya dakwah boleh saja dilakukan melalui blog. Namun sebenarnya... hakikatnya, saya memperingatkan diri sendiri. Cuma mungkin rakan-rakan saya juga boleh mendapat faedahnya, jika diizin Yg Maha Kuasa, dan jika Dia menghendaki.
Sesuatu bermain di fikiran saya... Kita ini patut menyandarkan nasib kita pada apa? Pada amalan baik yang kita lakukan yang dijanjikan Tuhan balasan baik di dunia dan akhirat? Atau bukan amalan yang jadi sandaran kita, tapi pada belas kasihan Allah? kita nak selamat dengan sembahyang kita, atau dengan rahmat Allah? Saya mohon ampun pada Allah jika tersalah.. Ada satu cerita seorang hamba Allah ahli ibadah, banyak sekali solatnya.. dia ditanya dengan apakah dia dimasukkan ke syurga, dengan ibadahnya atau dengan rahmat Allah? Dia menjawab dengan ibadahnya.. Lalu ditimbang nikmat sebelah matanya, tetapi setelah ditimbang, solatnya yang amat banyak tidak dapat membalas nikmat sebelah matanya.. maka dia dicampakkan ke neraka.. lalu dia minta ampun dan mengakui rahmat Allah lah yang boleh menyelamatkannya dari siksaan api neraka. Barulah dia dimasukkan ke syurga. Kesimpulannya, kita tidak boleh sombong, takabbur, bongkak, meninggi diri, kerana bukan kita yang berkuasa mutlak, bukan kita ini kuat sangat, hebat sangat dibandingkan kuasa Allah. TETAPI.. Kita mesti taat perintah Allah kalau nak selamat. Jangan tinggal sembahyang, puasa dan lain-lain. Sebab Allah Maha Adil. Allah tidak zalim. pahala kita tidak dikurangi jika kita ikut suruhan Allah dan tidak berlaku zalim. Yang jadi masalah, kita solat tapi kita berlaku zalim.. termasuk dalam zalim ialah kita menyakiti orang lain, kita menyusahkan orang lain, kita tidak tunaikan hak orang lain, kita tidak amanah dan termasuk juga zalim ialah kita merosakkan diri sendiri dengan segala macam kerosakan.
Seperkara lagi, syurga neraka destinasi kita nanti itu adalah hak Allah. Hak penuh Allah. Ada Hadith dalam kitab Hadith Empat Puluh ( susunan imam Nawawi) terjemahannya: Dari Abu Abd al Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah s.a.w. dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yg demikian itu, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan umurnya dan amalnya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainNya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli syurga , maka masuklah ia ke dalamnya (Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Hadith ini menunjukkan kuasa mutlak Allah. Juga mengingatkan kita supaya selalu bersyukur dan mohon hidayah. Selalu lah mohon rahmat dan kasih sayang Nya.

Friday, July 9, 2010

Rabiatul Adawiyah 2

Suatu hari tuan kepada Rabiah terdengar rayuan Rabiah di tengah malam yg berdoa kpd Allah, "Tuhanku, Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintah Mu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan beribadat kepada Mu. Tetapi apa boleh buat kerana kau jadikan aku hamba kpd manusia." Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yg bercahaya terang tergantung di awang awangan dalam bilik Rabiah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya. sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan org yg begitu hampir dgn Tuhannya. Sebaliknya tuannya itu pula ingin menjadi hamba kepada Rabiah.
Esoknya Rabiah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahu keputusannya hendak hendak menjadi khadam itu dan rabiah bolehlah menjadi tuan rumah atau jika dia tak sudi bolehlah ia meninggalkan rumah itu. Rabiah berkata ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya setuju, Rabiah pun pergi.
Satu hari Rabiah naik haji ke Mekah. Dibawa barang-barang di atas seekor keldai yg telah tua. Keldai itu mati di tengah jalan. Rakan-rakannya bersetuju membawakan barang-barangnya, tapi Rabiah enggan, kerana katanya naik haji bukan di bawah perlindungan manusia. Hanya Allah. Beliau tinggal seorang diri di situ. Dia berdoa, 'Oh Tuhan sekelian alam, aku keseorangan, lemah tak berdaya. Engkau menyuruhku mengunjungi kaabah, sekarang Engkau matikan keldai ku, aku keseorangan di tengah jalan." Serta merta dgn tak disangka-sangka keldai itu hidup semula. Rabiah dapat terus ke Mekah bersama keldai yg membawa barang barangnya. Apabila hampir ke kaabah, beliau berdoa, "Aku ini sekepal tanah, dan kaabah itu rumah yg kuat. Maksudku ialah engkau temui aku dengan sebarang perantara". Terdengar suara berkata, "Rabiah, patutkah Aku tunggang balikkan dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam namamu dalam suratan takdir. Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun ada hendak melihat ku? Aku sinarkan cahaya Ku sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan. dan Gunung Sinai runtuh menjadi tanah hitam."
(Rujukan : Kitab Tazkiratul Auliya'- Sheikh Fariduddin Attar. )
- bersambung.

Wednesday, June 30, 2010

Rabiatul Adawiyah .. kisah hidupnya.

Rabiah lahir dlm keluarga miskin, tetapi ibu bapanya orang baik-baik. oleh sebab miskin, suatu hari sampai tidak ada minyak untuk nyalakan lampu. beliau anak keempat, sebab itu dinamakan begitu. ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran, tetapi bapa rabiah membuat keputusan tak mahu minta tolong selain pada Allah. Dia berpura-pura ke rumah jiran dan memberitahu isterinya bahawa jiran tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu dia bermimpi berjumpa Nabi Muhammad, Nabi berkata kepadanya, "anak perempuanmu yg baru lahir adalah seorang yang dikasihi Allah, dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. pergilah kamu berjumpa Amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yg bertulis - kamu hendaklah berselawat kpd Nabi seratus kali tiap-tiap mlm dan empat ratus kali tiap-tiap mlm jumaat. tetapi kerana kamu tidak mematuhi peraturan hari Khamis sudah, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini empat ratus dinar". Bapa Rabiah pun terus terjaga dari tidur dan pergi berjumpa Amir tersebut. amir gembira membaca surat itu dan faham bahawa beliau ada dalam perhatian Nabi. amir pun memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar dan dengan gembira memberi bapa Rabiah sebanyak empat ratus dinar. Amir itu meminta supaya bapa Rabiah selalu mengunjungi beliau apabila hendakkan sesuatu.
selepas bapanya meninggal dunia, basrah dilanda kebuluran. Rabiah terpisah dari adik beradiknya. satu ketika kafilah yg beliau tumpangi diserang penyamun. ketua penyamun menangkap Rabiah untuk dijual di pasar, beliau dikejar oleh orang jahat. beliau lari tetapi kakinya tergelincir, tangannya patah. Suatu hari beliau pergi ke suatu tempat atas suruhan Allah, beliau berdoa " Ya Allah, aku yatim dan hamba. sekarang tanganku pula patah. tetapi aku tidak peduli segala itu asalkan Kau redha denganku. tetapi nyatakanlah keredhaan Mu itu padaku." Ketika itu terdengarlah satu suara ," Tak mengapa semua penderitaanmu itu. Di hari akhirat kelak kamu akan di peringkat yg tinggi hinggakan malaikat pun kehairanan melihatmu." kemudian pergilah ia semula kepada tuannya . Selepas peristiwa itu, tiap-tiap malam ia menghabiskan masa dengan beribadah kepada Allah, selepas melakukan kerjanya.
(Bersambung...... )

Saturday, May 8, 2010

Lelaki Sejati

L - Lasak melaksana tugas-tugas yang memang tugasnya.
E - Empati terhadap orang lain, seperti isteri, anak-anak dan semua orang.
L - Luhur budi pekertinya. Selalu berbuat baik kepada orang lain, terutama ibu bapanya, ahli keluarga dan orang yang baik-baik.
A - Amal apa yang baik yang telah diketahuinya. Istiqamah selalu. Tidak suka bertangguh. Rajin beribadah.
K - Kuat dari segi fizikal, emosional, spiritual, kuat semangat, kuat iman.
I - Iltizam, penuh iltizam, komited dalam menunaikan tanggungjawab, di rumah atau di tempat kerja dan di mana saja yang perlu.

S - Sabar selalu, kesabaran lambang kehebatan seorang lelaki.
E - empowerment, memberi kuasa pada diri sendiri dengan membina keyakinan. Tegas dan berani dalam bertindak. Juga tegas terhadap diri sendiri.
J - Jihad ke arah kecemerlangan sentiasa dihidupkan dalam jiwa. Menentang segala anasir buruk.
A - Akal digunakan untuk kebaikan diri dan orang lain, sebaik mungkin.
T - Tenang selalu dalam setiap keadaan, umpama gunung yang teguh tetap tenang walau dilanda badai dan ribut taufan.
I - Ikhlas dalam berbuat kebaikan kerana menuntut keredhaan Allah jua.

Tuesday, April 20, 2010

Bersandar di sebalik nama Al Qaadir dan Al Muqtadir

Dalam kepayahan,
dalam keadaan penuh kesukaran,
aku bersandar pada keagungan Mu,
nama Mu yang agung,
Al Qaadir,
bermaksud Maha berkuasa membuat sesuatu,
tanpa alat, tanpa perantaraan,
Al Muqtadir,
bermaksud pemerintah segala sesuatu,
Engkau lah yang menentukan tentang membaikkan makhluk atau sesuatu perkara,
tanpa ditentukan sesiapa selain Engkau, tanpa hukum-hukum apa pun,
kecuali atas kehendak Mu jua...
Tiadalah Engkau lemah dalam meluluskan kehendak-kehendak Mu,
maka aku berserah pada Mu ...
akan nasibku, hidupku dan matiku,
tak mahu aku hidup lagi... dalam ketakutan pada selain Mu,
aku percaya dan yakin, Engkaulah penolong Ku,
yang menentukan susah senangku,
sebagaimana Engkau menciptakan bayi,
boleh hidup berbulan-bulan dalam kandungan ibunya...
itu tanda kehebatan dan kekuasaan Mu wahai Tuhan,
tidaklah layak untuk manusia mengelak dari bergantung pada Mu,
kerana Engkaulah Al Qaadir dan Al Muqtadir,
berilah kami kekuatan,
mengerjakan perintah Mu.

Sunday, March 28, 2010

Buat kebajikan dan jangan sekutukan Tuhan.

Firman Allah maksudnya, "Katakanlah (Muhammad), " Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa." Maka barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (Surah Al Kahfi : 110).
Ayat ini sangat utama seruannya, mesti dijadikan panduan untuk orang beriman. Ayat ini menyuruh kita beramal soleh. ayat ini menunjukkan bagaimana mahu berjumpa dan bersama Tuhan, bagaimana mahu mendapat kasih sayang Tuhan. Ayat ini menyuruh kita buat kebajikan, segala macam kebajikan dengan ikhlas, dan tidak mempersekutukan Tuhan. Sementara ada hayat buatlah bakti dengan ikhlas dan penuh kesungguhan. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Insya Allah daku menyeru diriku sendiri dan sahabat-sahabat, lakukanlah amal soleh, jauhi perkara yang membawa kemurkaan Allah. Rajin-rajin mencari ilmu, beribadah, belajar, bekerja mencari nafkah dan berdakwah..berbakti untuk agama Allah ini.

Wednesday, March 17, 2010

kita insan ada misi

kita adalah insan
menumpang di sudut dunia,
aku dengan caraku
yang sederhana.
kita sama sahaja
bezanya cuma ilmu dan amalan kita,
bezanya pengalaman dan iltizam kita
tapi kita sama mencari kejayaan dan kebahagiaan..
yang hakiki..
yang dirasai oleh para Nabi, para siddiqin dan salihin,
oleh golongan muhsinin,
kita berusaha,
namun apa yang didapati sebenarnya bukan dari usaha kita,
hakikatnya dari kurniaan Yang Kuasa jua..
Ya.. semuanya daripada Dia,
oleh itu.. bagaimana mendapatkannya,
berbuat baiklah pada Yang Empunya Perbendaharaan itu..
Syurga neraka bukan manusia menentukan, itu hak Allah,
siapa ingin bahagia abadi,
masuklah ke alam cinta Ilahi. cinta Rasul..
insya Allah kita akan temui..
teruskan misi ini.
Hidup Berjuang Berbakti.

Saturday, February 27, 2010

GURU AHLUT-TAQWA

Ahlut-Taqwa bermaksud orang yang kepercayaan, pemikiran, sikap, pegangan dan tindakannya sentiasa berpandukan perintah dan larangan Allah, dengan iltizam untuk mentaati perintah dan menghindari larangan itu, sekali gus mengikut sunnah rasul-Nya. Orang yang bertaqwa tidak hanya mempunyai kesediaan untuk mempercayai sesuatu yang nyata, yang dapat dikesan oleh panca indera serta dapat dibuktikan secara emfirikal; bahkan ia semestinya mempunyai kesediaan untuk mempercayai kewujudan hal-hal yang tersembunyi, yakni yang ghaib dan tidak dapat dikesan oleh panca indera. Antaranya, yang sama sekali tidak dapat dinafikan ialah kuasa teragung atau maha kuasa, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.



Dengan penjelasan di atas maka Guru Ahlut-Taqwa bermaksud pengamal profesyen keguruan yang mempunyai sekurang-kurangnya empat ciri sahsiah yang utama:

1. Ia mempunyai iltizam atau keazaman yang kental untuk meletakkan Allah di atas segala yang lain.

2. Ia mempunyai kegigihan untuk terus-menerus mempelajari segala perintah dan larangan Allah, serta mencari hikmah dan mengambil iktibar dan apa sahaja peristiwa alamiah, yakni yang berlaku di alammi, dan peristiwa insaniah, yakni yang melibatkan manusia, untuk dijadikan landasan pemikiran dan tindakan dalam kerjayanya.

3. Ia mempunyai kefahaman yang jitu tentang matlamat pendidikan dalam setiap pengajaran dan sentiasa berusaha mencapainya hingga ke tahap maksimum.

4. Dalam melaksanakan tugas untuk mencapai matlamat pendidikan, ia mempunyai kebijaksanaan untuk memilih strategi yang terbaik.

Sumber: Kementerian Pelajaran Brunei - Tema Hari Guru

Sunday, February 21, 2010

Takwa dan Kecemerlangan dalam Perguruan

Guru merupakan kumpulan pendidik yang diamanatkan serangkai aktiviti mengajar, mengawas, membimbing, melatih, menilai dan lain-lain. Dengan niat dan hasrat untuk menuju kepada matlamat untuk membina warga muda sehingga menjadi insan dewasa yang mampu memenuhi aspirasi bangsa. Keunggulan Islam itu terletak di dalam beberapa perkara, satu daripadanya ialah ihsan, iaitu melakukan sesuatu aktiviti dengan penuh kesedaran bahawa Allah ada di hadapannya, sentiasa memerhatikan segala tindak-tanduknya walaupun tidak dapat dilihat dengan mata. Tidak sahaja perbuatan lahiriah, bahkan pemikiran yang masih herada di dalam lipatan hati pun Allah Maha Mengetahui. Kesedaran ihsan inilah yang melahirkan Taqwa, iaitu kesungguhan mentaati suruhan dan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya serta ketakutan pada azab Allah.

Dengan itu guru yang bertaqwa pasti bertindak dengan sewajarnya tanpa perlu diawasi atau diselia. Dalam menjalankan tugas menyebarkan ilmu, setentunya dia mempunyai inisiatif dan sentiasa berusaha mencari kebenaran dan mengenal kebatilan lalu menunjukkan kepada anak muridnya mana hak dan mana yang batil. Kesedarannya terhadap perintah, galakan, amaran, dan larangan Allah, akan menjadikan dia seorang yang peka terhadap hasil pergolakan dunia yang begini pesat serta berwaspada terhadap peresapan anasir-anasir yang tidak dingini di sebalik kemodenan dan kemajuan dunia.

Seterusnya dia akan mempunyai peribadi yang seimbang dalam pemikiran dan tindakan. Ketakutannya kepada azab Allah pasti menjadikan mereka bekerja dengan penuh dedikasi dan progresif. Dia tidak sahaja menyebarkan ilmu bahkan menjadi model peribadi yang akan diteladani oleh para pelajar serta orang sekelilingnya, di samping itu kepimpinan mereka kejalan yang diredai tidak perlu dipertikaikan lagi walau dalam lapangan apa sekalipun.

Inilah antara ciri guru yang sempurna, yang kita yakin dapat membentuk warga muda kita hingga dewasanya nanti menjadi warganegara yang dicita-citakan. Guru yang sedemikian sifatnya tidak akan terjelma dan kalangan guru yang tidak bertaqwa. Dengan itu jelaslah bahawa ketaqwaan guru asas kesempurnaan pendidikan.

Tidak dapat dinafikan bahawa taqwa adalah satu konsep Islam, iaitu sebuah ugama tauhid, yang bertuhankan Allah semata-mata. Namun demikian, amalan bekerja yang berdasarkan sifat taqwa boleh dilakukan oleh sesiapa saja, sifat taqwa yang ada dalam diri guru-guru, akan menjamin mereka itu dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, kerana keinsafan berasaskan taqwa itu merupakan satu daya penggerak utama kepada kesempurnaan pendidikan.

(sumber: Kementerian Pelajaran Brunei - Tema Hari Guru)

Thursday, February 18, 2010

Mengatasi masalah

Kadangkala kita bertemu jalan buntu, kita tersesat jalan, kita termasuk dalam keadaan amat sulit, amat kusut, amat kelabu. Keadaan menjadi sukar untuk kita bangkit kembali, akibat set back yg berlaku. Dalam rally, kita tertinggal di belakang. Kita dihantui pelbagai masalah... Apakah ada penyelesaian? Apakah ada harapan?
Tentu sekali ada penyelesaiannya. Tentu ada !! Kita akan kembali cemerlang dan hebat. Kumpul kembali kekuatan diri. Bangkit mulai!! Mulakan dengan beribadah kepada Allah, yang wajib dan yang sunat. Buat yang fardhu sungguh-sungguh, berkualiti, dan banyakkan amal sunat. Itulah jalan terbaik. Lakukan solat sunat taubat, solat hajat, solat dhuha, solat rawatib, dan yang paling power sekali solat tahajjud dan qiamullail. Doa minta pada Allah. Charge semula bateri rohani kita, supaya contact dengan Allah kuat. Baca Al Quran. Paksa diri buat solat sunat, banyak-banyak. Zikir. Dan satu lagi, cuba dapatkan kekuatan melalui usaha dakwah. Gunakan sebahagian masamu untuk dakwah dalam agama. Insya Allah kita dapat kekuatan.

Saturday, February 13, 2010

Senyumlah senyumanmu manis

daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya, " Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksana amar makruf dan nahi mungkar adalah sedekah. kamu menunjuki orang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri dan tulang dari jalan adalah sedekah." (Riwayat al Bukhari dan al Tirmizi).
Senyumlah apabila bertemu sahabatmu, saudaramu dan semua orang yang baik-baik, kerana ia mempunyai kuasa seperti daya penarik yang amat hebat, ilmu pengasih yang dihalalkan dan mempunyai daya pengubatan bagi banyak permasalahan. Kita kagum guru-guru yang pandai memotivasikan orang lain dengan senyuman malah mengawal disiplin dengan senyuman. Jika senyum pun membawa pahala, bukankah Allah Maha Pemurah luas sekali limpahan rahmat Nya.

Friday, February 12, 2010

insaf

Duhai insan ingatlah selalu
hidup di dunia tiada abadi.
sebelum terlambat insaflah diri
buatlah amal sebelum mati.