Tuesday, November 30, 2010

Apabila Allah kasih

Sabda Rasulullah SAW, Allah SWT berfirman: "Maka apabila Aku kasih kepadanya, Aku menjadi pendengaran, penglihatan dan tangan yang menguatkan baginya. jika dia minta sesuatu kepada-Ku nescaya Aku tunaikannya." (Riwayat Bukhari dalam al-Jami' al-Sahih).

Sahabat.. janganlah lepaskan peluang ini. Allah menjanjikan sesuatu yang sangat besar, sangat utama, sangat mulia kedudukannya kepada kita. Bagaimana mendapat kasih Allah.. Banyak jalannya, melalui amal ibadah, melalui mujahadah, melalui jihad, melalui kita mencintai Allah beserta taat, zuhud, tapi mesti dengan ilmu.. dan semua itu mesti juga ikhlas, tiada syirik, tiada riya', ujub, takabbur. Ada orang mengatakan jalan menuju Allah, boleh dilalui dengan meninggalkan dunia yang melalaikan. Hal dunia yang membawa kepada keredhaan Allah tetap baik. Pekerjaan yang membawa manfaat kepada keluarga dan orang ramai, memang sangat baik, sangat wajar dikembangkan. Perkara yang merosakkan keluarga dan masyarakat hendaklah dijauhi. Hiburan hiburan dan hidup berseronok-seronok sahaja kadangkala banyak bahayanya. Nabi hidup sederhana. Para sahabat Nabi hidup sederhana. Ulama ulama hidup sederhana. Kita ini pun patut mencontohi mereka semua. Kita usahakan keluarga sakinah, bukan keluarga yg punah.. Saya bukanlah mengaku baik sangat.. jauh sekali sampai macam tu. Cuma nak kongsi pandangan. Apa yang kita nak sebenarnya? Kalau nak gembira, hidup dalam takwa dan iman lebih menggembirakan lagi. Lebih puas daripada kepuasan orang-orang yang melakukan perkara yang lalai. Anda lebih tahu daripada saya.

Lepas daripada kesempitan..

Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang sering beristighfar, nescaya Allah melapangkannya daripada kekusutan, melepaskannya daripada kesempitan dan memberinya rezeki daripada sumber yang tidak ia sangkakan. " (Sunan Abu Daud)

Thursday, November 25, 2010

Siapa mewarisi Syurga Firdaus

Nama Firdaus itu ialah tingkatan syurga yang tertinggi dan terakhir, iaitu ke seratus. Siapakah akan dimasukkan ke sana? Kalau kita baca Quran kita akan jumpa penjelasannya. Antaranya ialah Ayat 1 hingga 11 Surah Al Mukminun yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah berbahagia orang-orang yang beriman, yang khusyuk di dalam sembahyang mereka dan yang berpaling dari perkara sia-sia dan mengeluarkan zakat dan yang memelihara kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan apa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan mereka, maka tidaklah mereka tercela, Tetapi barangsiapa mahu lain daripada demikian, maka mereka itu ialah orang-orang yang melewati batas. Dan yang menjaga amanat dan janji-janji mereka. Dan yang memelihara sembahyang mereka, mereka itu ialah orang-orang yang menjadi waris, yang akan mewarisi syurga (Firdaus) yang mereka akan kekal padanya (di dalamnya)."

Satu perkara yang ingin saya perkatakan ialah semua syarat-syarat itu mesti diikuti untuk dapat balasan baik dari Allah, dan senarai itu dimulai dengan khusyuk di dalam solat dan diakhiri dengan memelihara solat. Oleh itu, kita perlu ingat.. khusyuk tapi tidak memelihara solat tidak cukup.. memelihara solat tapi tidak khusyuk juga tidak cukup.. jagalah kedua-duanya.. Dan jauhilah perbuatan dosa. maksiat. Balasan Allah amat berat. Sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sama aliran pemikiran. Hidup tak lama.. kehidupan akhirat pulak kekal abadi. Apalah diikut rasa hati dan nafsu yang tak elok. apalah gunanya keseronokan sementara tapi derita tak berkesudahan akhirnya. orang yang bijak bersedia untuk kehidupan yang kekal. Manusia biasa tak lepas dari salah dan dosa. Yang baiknya ialah kembali kepada jalan mustaqim, jalan taubat.. jalan takwa menuju Allah. Ingat selalu pesanan Rasulullah.. berpegang pada Al Quran dan Sunnah, insya Allah kita akan selamat . Nabi sayangkan kita.. Nabi doakan kita.. tapi kita janganlah lupakan baginda. ikuti ajarannya, dan berselawat selalu dengan hati penuh rindu, penuh kasih pada Rasulullah. Baca sirah Rasulullah. Bacalah tentang kehidupannya dari kecil hingga dewasa, keluarganya, susah payahnya, kemenangannya, perjuangannya, kejayaannya, manhaj yang dibawanya. Orang yang mempunyai hati akan mengalirkan air mata keinsafan mengenang pengorbanan Nabi.

Tuesday, November 16, 2010

Intisari ayat 77, Surah al Qasas.

Sebenarnya... ayat ini (maksudnya ada dalam posting saya sebelum ini) menyatakan fokus kita sepatutnya ialah kebahagiaan di akhirat. dan di samping itu kita jangan lupakan bahagian kita di dunia. Kita hendaklah menggunakan sumber-sumber dan pemberian di dunia sebagai jalan kebahagiaan akhirat. Kita jangan buat perkara merosakkan. Kita hendaklah menjauhi apa yang dilarang agama. Yg penting gunakan segala sumber, berupa umur, kesihatan, masa, harta, wang ringgit, sumber insan khususnya keluarga, client, semuanya ditujukan ke arah mencari keredhaan Allah. Jangan sebaliknya. Jangan jadi bodoh dengan menjahanamkan diri sendiri. fikirkanlah maksud firman Allah ini. Ingat pesanan Nabi selalu. Nabi pun suruh kita ingat akhirat tapi jangan lupakan keperluan dunia, contohnya Nabi suruh kita beribadat seolah olah kita mati esok hari, dan bekerja seolah-olah kita hidup seribu tahun. Wallahu'alam.

Jangan lupa bahagian mu...

Mari kita fikirkan firman Allah ini:
"Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." (Surah al Qasas 28: 77).
Ayat ini mempunyai semua maksud kehidupan yang bahagia. Panduan yang Allah beri amat lengkap. Ikut saja jangan ragu-ragu... carilah bekal seberapa banyak untuk negeri akhirat.. tentunya dalam pencarian dan perjalanan itu, kita berasa bahagia kerana mengikut perintah Allah, dan kerana merasa dicintai oleh Yang Maha Penyayang. Dan Allah menyuruh kita tidak melupakan bahagian kita di dunia.. Dalam hal ini termasuklah ikatan perkahwinan dan hal-hal kekeluargaan.. Kongsikan kebahagiaan yang kita rasakan bersama-sama orang yang disayangi. Jalani hidup yang indah ini dengan penuh kesyukuran dan hati yang riang. Insya Allah kurniaan dari Nya bertambah lagi. Percayalah..

Thursday, November 4, 2010

Bukan sebab amalan

"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya." Sahabat bertanya: " Walaupun kamu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW "Walaupun saya, melainkan dengan limpah rahmat Allah SWT kepadaku." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Antara kata-kata Sahibul Jauharah Tauhid: "Allah memberi pahala kepada kita semata-mata kerana rahmat dan limpah kurnia-Nya. Sebaliknya jika diseksa semata-mata kerana keadilan-Nya."

Wednesday, November 3, 2010

Kata-kata Junaid Al Baghdadi

1. Rindu pada Allah itu membuangkan dosa.
2. Kamu tidak mencapai baqa' (kekal dengan Tuhan) sebelum melalui fana' (hapus diri)
3. Lupa mengenang Allah lebih teruk dari azab neraka.
4. Orang yg hidupnya bergantung kepada nyawanya akan mati bila nyawa itu bercerai dari badan. Tetapi orang yang hidupnya bergantung dengan Allah tidak akan mati.
5. Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan Allah. Lebih baik lidah itu bisu jika tidak menyebut nama Allah. Lebih baik telinga itu pekak, jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah. Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melakukan suruhan Allah.
6. Orang yang bergantung kepada usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dari ibadatnya.
7. Orang yang dicintai Allah itu akan dilorongkan Allah untuk berkawan dengan auliya' Nya.
8. Orang yang mengkaji sesuatu dan tidak mengkaji perkara perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan.
9. Orang yang makan banyak tidak dapat melakukan ibadat.
10. Bagi murid, dunia ini masam, tetapi manis dari segi kerohanian.
11. Empat ratus orang guru agama sebulat suara berkata bahawa seseorang itu hendaklah melakukan ibadatnya dengan penuh khusyuk hingga tidak terlintas di fikirannya yg lain kecuali Allah.
12. Seorang sufi itu ibarat ladang, di mana baja diisi, dan menghasilkan bijian-bijian yang baik.
13. Orang yang benar-benar ikhlas mencari Allah akan mendapatnya.

Kata kata Mansur bin Umar

1. Barangsiapa ingin berjumpa dengan ahli dunia, akan berjauhan dengan Allah.
2. Kebersihan hati dicapai dengan 4 latihan: Bercampur dengan auliya' Allah, mengaji Quran, solat di waktu malam, mengeluarkan air mata pada masa solat subuh.
3. Orang yang lari dari makhluk menuju Allah adalah hamba Allah sejati.

Apalah dunia ini

1. Banyak hal keduniaan membawa kerosakan saja. Memang Allah menguji kita dengan dunia. Manusia ramai yang tertipu dengan dunia. Banyak yang palsu.. Banyak yang merosakkan. Banyak yang menipu. Manusia berlumba-lumba mengejar dunia. Rupa-rupanya menambah kehinaan. Tidak lebih dari kehinaan yang berpanjangan. Tak berkesudahan. Setiap hari dari celik mata hingga tidur kembali tak sudah-sudah hal yang penuh kepalsuan menjadi agenda rutin manusia. Nanti bila dah sakit nak mati baru ingat nasib di alam barzah dan di akhirat Hari Pengadilan. Baru kesal masa hidup dihabiskan hal yang sia-sia. Tak guna... Dah tak guna.
2. Dunia ini harus dijalani, harus diusahakan kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Dunia ini ladang akhirat. Carilah kehidupan akhirat, tapi jangan lupa habuanmu di dunia. Itu perintah Allah. Betul, benar sekali. Cuma kita ini... yang jadi cabarannya, berbagai perkara keduniaan yang diusahakan dan diuruskan rupa-rupanya banyak yang sia-sia saja.. kita tak sedar kita membazir masa, tenaga, wang ringgit, harta, dan segala sumber dihabiskan untuk yang sia-sia. Kalau tak percaya kita sama-sama tunggu Mahkamah Allah nanti. Sebenarnya setiap detik waktu terlalu berharga untuk dihabiskan dengan hal yg tak berfaedah. kita bermegah-megah dengan dunia.. Tunggulah masanya kebenaran tersingkap. Ketakutan menanti bagi mereka yg sesat. Sesat kerana menghambakan diri pada dunia. Sesiapa yang zalim, sesiapa yang sombong, sesipa yang menyusahkan orang lain, akan mengalami perasaan cemas yang amat dahsyat. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Besar. Sesiapa yang memilih akhirat dan meninggalkan dunia yang melalaikan, mudah-mudahan selamat.
3. Jika kita ada keluarga, kita uruskan keluarga kita. Jika kita sebatang kara, kita jaga diri kita. Selamatkan diri kita dan ahli keluarga kita dari balasan neraka. Tinggalkanlah hal keduniaan yang merosakkan. Mungkin nampak indah semua itu, tapi hakikatnya kita membazir sumber. Saya mengingatkan diri saya sendiri. Jangan tertipu dalam kehidupan singkat ini. Jika Allah mengilhamkan kita untuk berubah, mudah-mudahan itu tandanya masih ada harapan untuk kita. Mulakan kehidupan yang cemerlang. Jadilah pejuang agama, bukan hamba dunia tunduk pada bisikan syaitan iblis laknatullah. Allahu akbar.