Sunday, March 28, 2010

Buat kebajikan dan jangan sekutukan Tuhan.

Firman Allah maksudnya, "Katakanlah (Muhammad), " Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa." Maka barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (Surah Al Kahfi : 110).
Ayat ini sangat utama seruannya, mesti dijadikan panduan untuk orang beriman. Ayat ini menyuruh kita beramal soleh. ayat ini menunjukkan bagaimana mahu berjumpa dan bersama Tuhan, bagaimana mahu mendapat kasih sayang Tuhan. Ayat ini menyuruh kita buat kebajikan, segala macam kebajikan dengan ikhlas, dan tidak mempersekutukan Tuhan. Sementara ada hayat buatlah bakti dengan ikhlas dan penuh kesungguhan. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Insya Allah daku menyeru diriku sendiri dan sahabat-sahabat, lakukanlah amal soleh, jauhi perkara yang membawa kemurkaan Allah. Rajin-rajin mencari ilmu, beribadah, belajar, bekerja mencari nafkah dan berdakwah..berbakti untuk agama Allah ini.

Wednesday, March 17, 2010

kita insan ada misi

kita adalah insan
menumpang di sudut dunia,
aku dengan caraku
yang sederhana.
kita sama sahaja
bezanya cuma ilmu dan amalan kita,
bezanya pengalaman dan iltizam kita
tapi kita sama mencari kejayaan dan kebahagiaan..
yang hakiki..
yang dirasai oleh para Nabi, para siddiqin dan salihin,
oleh golongan muhsinin,
kita berusaha,
namun apa yang didapati sebenarnya bukan dari usaha kita,
hakikatnya dari kurniaan Yang Kuasa jua..
Ya.. semuanya daripada Dia,
oleh itu.. bagaimana mendapatkannya,
berbuat baiklah pada Yang Empunya Perbendaharaan itu..
Syurga neraka bukan manusia menentukan, itu hak Allah,
siapa ingin bahagia abadi,
masuklah ke alam cinta Ilahi. cinta Rasul..
insya Allah kita akan temui..
teruskan misi ini.
Hidup Berjuang Berbakti.