tag:blogger.com,1999:blog-85677281238355419572024-03-08T21:23:22.621+08:00Memory GreenSegala pahit manis dalam hidup ini... yang telah menjadi sejarah .. dan yang akan tercatat dalam lipatan sejarah.. adalah milik insan itu. jadi pengajaran dan pedoman, dalam mendapatkan kasih dan redha Ilahi.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.comBlogger146125tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-79380844599096717272013-12-12T13:50:00.001+08:002013-12-12T13:50:48.156+08:00Kita yang baru..Dah lama sangat saya tinggalkan blog saya ini. Lama saya tak menulis di sini. Sangat lama, lebih setahun.. kapada kawan kawan saya dalam dunia blog, harap masih ingat saya lagi. Saya ingin menulis semula sebagai menguatkan diri sendiri dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan .. Hari ini kita semakin dewasa. Kita telah melalui zaman zaman susah, zaman zaman senang.. semuanya mematangkan fikiran, in shaa Allah. kita telah menimba banyak pengalaman daripada kehidupan di atas muka bumi ini. semua jadi pengajaran. Dan semoga kita menjadi kita yang baru. Memandang kehidupan dengan zoom in dan zoom out. lihat skop yang kecil lihat skop yang besar. Cuba jaga diri kita zahir dan batin. Ambil masa jaga diri. Kemudian lihat diri diri dalam skop yang besar. seluruh kehidupan dari kecil hingga dewasa. buat refleksi.. nilai. kenang sejenak segala yang telah berlaku. Buat perjalanan merentas masa. Sekarang bangkit. Naik ke angkasalepas dan lihatlah kehidupan kita dari angkasa lepas. Apa yang sebenarnya sedang berlaku. Nampak tak?? Kita hidup menuju mati. Dan bumi dan alam ini akan musnah. Dan kita akan dihidupkan kembali. Fikirkan... maka akan hilang segala kebimbangan kita pada perkara remeh. Dan tidakkan kita beroleh kekuatan. Itulah "Kita yang baru"... Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-1410652280231313532012-05-11T12:09:00.000+08:002012-05-18T11:07:17.498+08:00Kembalilah Wahai Hamba AllahKembalilah... kembalilah ke jalan terang di mana kau pernah melaluinya dengan jiwa yang paling mantap. Orang yang beriman itu mungkin akan sesat juga, mungkin akan tersalah haluan... mungkin berbuat dosa. malah dosa yang besar.. boleh juga kufur hilang imannya.. boleh terkeluar dari jalan akidah yang lurus. Menakutkan.. tapi bagaimana semua itu boleh terjadi?? Tak pelik, tak menghairankan. Manusia biasa memang boleh saja terlupa prinsip diri, boleh saja kalah kepada hasutan jin dan syaitan.. boleh saja terpengaruh dengan keseronokkan dunia yang banyak menipu. Tapi jangan salahkan pihak lain.. manusia diberi banyak pilihan. Nak ikut yang betul atau yang salah. terpulang. Terimalah akibat dari pilihannya itu. Kalau dah melampau sangat terimalah akibatnya, kemurkaan Allah akan dirasai kesannya. Siksaan itu dijanjikan di akhirat. Namun boleh juga ditimpakan sejak di dunia. Balasan di dunia selalunya menyedarkan insan yang bersalah. Jika ada masa lagi untuk bertaubat nasuha, lalu dia bertaubat, dengan cukup syarat-syaratnya lalu dia diterima taubatnya, maka dialah insan yang paling beruntung... sangat beruntung.. Tuhan telah mengetahui semua ini. Tuhan menyukai hamba Nya yang bertaubat nasuha, lebih daripada sukanya seorang pengembara di tengah padang pasir yang amat panas, pengembara itu kehilangan untanya yang membawa makanan dan minuman serta barang-barang keperluan dan dagangan, lalu pengembara itu putus asa lalu cuba tidur dan berkata pada dirinya "matilah aku...".
tiba-tiba untanya muncul di depan matanya, maka menurut suatu hadis yang tercatat dalam kitab Ihya Imam Ghazali, sesungguhnya Allah lebih suka lagi berbanding sukanya orang itu.
Bagi insan yang melakukan dosa, dia telah mengotorkan jiwanya, menggelapkan hatinya, merosakkan kehidupannya, rohnya sakit, lemah, bebal tidak memiliki cahaya lagi.. setitis nila merosakkan susu sebelanga. Dia semakin jauh dari Allah. Maknanya dia jauh dari bimbingan Allah dan petunjuk. Dia melupakan Allah dan dia melupakan Rasul. Maka Allah juga meninggalkannya dan murka padanya. Jika dia bertaubat Allah menerimanya kembali. Sebenarnya jika kehidupannya bersih kembali, yang menyelamatkannya pada hakikatnya ialah Allah jua. Tiada lain melainkan Allah jua. Kerana Allah sayangkannya. Kerana Allah mahu selamatkannya. Kerana Allah cinta padanya... itulah cara Allah. Berbuat sekehendak Zat Nya dan sifat Nya tanpa terikat mana-mana hukum atau mana-mana pihak. Suka hati Allah lah nak beri hidayah dan taufik. Suka hati Allah lah nak meninggikan darjat seseorang, atau merendahkan, menjatuhkan darjat seseorang. Maka tugas hamba ialah taat pada Allah, dekatkan diri kepada Allah, ikut syariat. Yang benar sudah jelas, yang salah juga sudah jelas, ikutlah syariat. berdoalah mohon ampun.. kesali kesalahan di masa lalu, ubah cara hidup. gantikan umur yg terbuang sia-sia itu dengan berbuat baik dalam segala kesempatan di masa kini dan akan datang. Selalu berselawat kepada Nabi.. jika belum pergi haji, tanam azam dan usaha untuk menunaikan haji dan menziarahi makam Nabi. Insha Allah ada kekuatan untuk insan yang diberi petunjuk itu.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-2937574019866872182012-03-15T14:49:00.000+08:002012-03-15T14:49:14.036+08:00Ramuan kejayaanUntuk berjaya, ada beberapa perkara perlu dilakukan.. tetapi setiap orang tak sama jalan menuju kejayaan. Itu rezeki masing-masing, itu bahagian masing-masing. Sebab manusia ini kekuatannya tak sama, kelebihannya tak sama.. ada yang telah dilahirkan dengan IQ yang tinggi, ada yang kuat semangat, ada yang murah rezeki, ada yang pandai dalam interpersonal communication, dan macam-macam lagi. Masing-masing selalunya ada kelemahan juga..

Mungkin beberapa perkara atau langkah ini boleh diambil untuk mendatangkan kejayaan atau kekuatan hingga tercapai objektif dan cita-cita:

1. Betulkan pemikiran tentang kejayaan - kejayaan yang hakiki adalah yang selari dengan kehendak Islam.

2. Berusaha atasi kelemahan diri, seperti tidak berilmu, malas, takut, rendah diri. Perasaan malas tidak boleh dibiarkan, mesti dihapuskan.

3. Lakukan segala yang penting segera.

4. Jangan tinggal perkara utama dan wajib.

5. Buat kerja dengan optimum, tidak membuang masa, tuju matlamat, fokus apa nak dicapai. Tengok masa yang ada, tentukan matlamat, jangka pendek dan jangka panjang.

6. Lihat masalah yang datang bersama kerja kita, atasi satu persatu, gunakan segala sumber untuk atasi masalah ( seperti badan kurang sihat dan sebagainya). Jika perlu boleh lah ambil makanan dan minuman kesihatan tambahan yang baik, seperti herba, atau makanan sunnah.

7. Berdoa sungguh-sungguh pada Allah mohon pertolongan Nya.

8. Minta bantuan Allah dengan cara infak (berderma di jalan Allah , zakat tunaikan)..

9. Selalu ingat, kalau kita rajin, kita senang, kalau kita malas, kita dapat susah.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-73556346750160779622012-03-09T16:55:00.000+08:002012-03-09T16:55:46.624+08:00cinta Mu adalah penawarkau bisikkan di firasatku..

"tiada secantik bahasamu..

lalu ku gubah menjadi lagu..

tidak terbanding parasmu..

menjadi rindu.."

aku sangat yakin..

firasat ku benar..

ilham dari Mu adalah benar

biar pun manusia tidak membenarkan..

rindu Mu menjadi rindu ku

setiap waktu

ku dengar bisik angin senja di telinga

suara Mu..

seolah wajah Mu terlihat di rang bulan..Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-74276232737131779832012-02-24T23:08:00.000+08:002012-02-24T23:08:07.067+08:00Dari kitab Syarah HikamSembunyikanlah kemasyhuranmu, kerana ia akan membawa kepada kebaikan (keikhlasan). Sebaliknya, keikhlasan yang wujud bersama-sama kemasyhuran berkemungkinan tidak sempurna.

Jangan pedulikan perkara dunia yang fana, apa yang dibuat oleh manusia di muka bumi bukan kerana Allah SWT tidak akan mendatangkan apa apa hasil dan faedahnya.

Insya Allah akan ku ingat perkara ini. Kita mahu kemanisan akhirat, kemanisan iman, bukan mahu dikenali ramai manusia. Kalau ada bibit-bibit riak dalam diri kita, jiwa kita, hapuskan sepenuhnya, perangi habis-habisan.

Aku beribadah hanya untuk Mu, akan ku serah hatiku hanya pada Mu, hanya untuk mahukan cinta Mu ya Rabbi.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-4745723919882610162012-02-22T10:43:00.000+08:002012-02-22T10:43:57.646+08:00Solat dan faedahnyaAntara ganjaran solat ialah pengampunan dosa. (tetapi berhentilah dari melakukan dosa walaupun kecil atau makruh yang berulang-ulang dan berpanjangan / berterusan) (Yang makruh jika sentiasa dibuat akan menjadi haram).

Hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga solat Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat itu, selama dijauhi dosa besar." (Riwayat Muslim).

Kita hendaklah bersyukur mudah-mudahan selalu mendapat hidayah untuk mengerjakan ibadah solat dan lainnya dengan ikhlas dan khusyuk, seterusnya diampuni dosa kita. Kita hendaklah ingat Allah di waktu kita senang dan susah.. sepanjang masa. Sepatutnya lagi banyak nikmat kita dapat, lagi banyak kita bersyukur dan bertaubat. Nabi s.a.w. sendiri beristighfar 70 kali sehari. Kita pulak?? Patutnya berganda-ganda lebih lagi. Kesibukan urusan dunia bukan alasan dan bukan penghalang. Serulah nama Allah, bertasbih, mohon hidayah kpd Tuhan yang mempunyai nama Al Hadi (yang Memberi Petunjuk). Hidayah itu untuk orang yang terpilih, orang pilihan itu selalunya kuat mujahadah, perjuangannya.. tidak tertipu dengan kesenangan duniawi. Tidak leka dengan yang sia-sia.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-29675272163190425372012-02-20T13:53:00.000+08:002012-02-20T13:53:45.813+08:00Hilangkan kebimbangan dan dapatkan tenaga baru.Have faith that what is meant to happen will happen and that it will be for the best.

Saya petik kata-kata di atas daripada www.learnmindpower.com oleh John Kehoe....

Saya sangat setuju dgn beliau. Yakinlah segala yang ditakdirkan akan terjadi tetap akan terjadi, dan insya Allah jadi baik untuk kita. Ada baiknya kita hilangkan kebimbangan terhadap kemungkinan-kemungkinan yang terjadi. Janganlah dirisau sangat tentang masa depan.. tentang esok hari.. tentang itu ini. jangan takut tentang kita akan hadapi macam-macam hal.. tak ada guna nak terlalu cemas, takut, bimbang, susah hati... itu hanya bertambah melemahkan kita. hadapi semuanya dengan yakin berani, tabah, cekal, gigih, sabar.

Mungkin ada baiknya kita ambil langkah-langkah berikut. Sebagai orang beriman, kita:

1. Yakin Allah Maha Berkuasa, Dia Tuhan yang boleh lakukan apa sahaja untuk membantu kita... Jangan tak percaya!! Mesti percaya.. Dia boleh lepaskan kita dari seribu satu macam masalah.. Dia Maha Mengasihani, Dia tahu masalah kita, Dia suka menolong orang-orang beriman. Iman kita kena betul, akidah kena betul.

2. Kedua... renung sejenak apa masalah kita. Di mana silapnya selama ini. Cari sebab musabab, punca masalah, punca kita bimbang. Apa halnya semua ini. Cari punca, cari penyebab.

3. Ambil wudhuk, solat dan berdoa.. Solat taubat, solat hajat.. Doa sungguh-sungguh. Mintak tolong dengan Allah. Mintak belas kasihan Allah.

4. Usah buang masa, ambil tindakan-tindakan pembetulan. Gunakan segala sumber yang ada. permudahkan urusan. Buat pengurusan masa dan pengurusan kerja yang betul. Ambil perhatian tugas penting dan utama. Hentikan segala pembaziran, pembaziran masa dan sumber. optimumkan kerja. Hasilkan yang banyak dari usaha kita. Mesti jaga hati client, majikan, dan rakan sejawat. Lihat selalu due date. Buat planning. buat refleksi. Buat co operation dengan pihak pihak yang berkaitan. Selalu motivasikan murid. Selalu tingkatkan maruah diri dengan usaha dan kerja yang baik. Atasi masalah kesihatan segera. Fikir positif.

5. Sambil berusaha jangan lupa Allah... Jangan lupa pada Nya. Allah yang tolong kita, Allah yang Maha Baik, banyak sangat nikmat Nya. Hendaklah kita bersyukur, Dia janji Dia akan tambah nikmat Nya..ingat kita hidup bukan untuk kejayaan dunia kesenangan dunia saja.. bukan.. bukan.. Kita ada hidup yang kekal di akhirat. ingat tu. Usahalah untuk dunia dan akhirat.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-43182958811773007462012-02-18T21:43:00.001+08:002012-02-20T13:02:11.372+08:00Secret of SuccessThe Secret of Success is just Two Words

........ TRY HARDER ..

yes.. try harder, and harder, and harder,

jangan give up... jangan.

Kerana..

ALLAH BERSAMA KITA

jangan susah hati. Sesungguhnya Dia (Allah swt) amat berkuasa atas tiap sesuatu.. hendaklah kita yakin. itu yg kita zikirkan setiap lepas solat (wa hua 'ala kulli syai'in qadir ).Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-48188046722930694072012-02-18T17:22:00.000+08:002012-02-18T17:22:11.617+08:00Anakku SayangAnakanda Zikri... mengapalah sampai ada manusia kecil yang sejahat itu

sanggup menyakiti dan mencederakanmu...

ayah akan buat apa saja

yang betul, yang benar , yang baik..

untuk melindungimu anakku sayang..

kita minta perlindungan dari Allah

Yang Maha Kuasa

menjauhkan kita dari bencana dan mala petaka..

kita amalkan pekerti mulia..

insya Allah tiada yang dapat memudaratkan..Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-88983360027909963162012-02-16T17:07:00.000+08:002012-02-16T17:07:41.611+08:00Cintai dirimuPesanku untuk mu.. yang menyambung kehidupanku sejak dahulu

selalulah ingati daku.. kini kau menyambung hidupku

contohi aku.. sayangi aku.. cintai aku.. ikut caraku

kau akan berjaya .. terus berjaya.. sebagai aku.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-30457732167809484402012-02-16T08:01:00.000+08:002012-02-16T08:01:49.050+08:00Tuntutlah yang tinggiKita ada kemahuan

ada cita-cita

ada harapan..

ada yang diimpikan

pendek kata kita menuntut sesuatu

dari kehidupan kita..

maka tuntutlah yang tinggi

tuntutlah yang terbaik

bagi saya..

saya mahu jadi orang alim

ahli ibadah

pejuang agama

dan pendakwah Islam

yang Allah redha..

mahu jadi pendidik yang cemerlang..

mahu jadi ketua keluarga yang cemerlang..

mahu hidup sihat bahagia berjaya

anak yang baik buat ibu ayah saya

marilah sahabat-sahabat ku sekelian..

kita tuntut yg tinggi dalam hidup kita

insya Allah kita dapat yang tinggi.

selalu kita dengar

orang yang rosak akhlaknya

selalunya mempunyai keinginan yang rendah

janganlah jadi begitu..

yakin pada Kuasa Allah

Dia berkuasa atas tiap sesuatu.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-30889690824197739212012-02-06T08:28:00.000+08:002012-02-06T08:28:01.635+08:00Kitab-kitab ituPada usia muda...

14, 15, 16...

17...

apa yang kau baca,

masih ingat lagi?

kitab fatwa Mufti Kerajaan Johor..

Datuk Syed Alwi

ingat tak lagi???

ingat tak??

ingat tak kitab-kitab tasauf

kisah-kisah wali Allah, Tazkiratul Auliya'

Mazhab Orang Saufi,

ingat tak majalah warta Jabatan Agama Johor..

kepunyaan Abah

menjadi bacaan paling kau suka

ingat tak

semoga anak muda itu

hidup dewasanya

dirahmati AllahAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-4724882438719663742012-02-03T22:15:00.000+08:002012-02-03T22:15:35.629+08:00Kira Ok lah ni..You fikir you rugi..

mungkin tidak..

mungkin you untung sebenarnya..

if you are a woman.. if you are married..

and you think you do not really love your husband..

you rasa you rugi??? tak semestinya..

kalau you tak sayang dia sangat.. tapi dia sayang you.. itu sudah cukup baik..

Suami sayang isteri lebih penting dari isteri sayang suami..

itu untuk kekal dan bahagia rumahtangga..

tapi kalau kedua-duanya amat sayang menyayangi.. itulah yang terbaik

itulah syurga dunia, akan bawa ke syurga akhirat..

Perkahwinan yang baik ialah perkahwinan kerana Allah

itu satu yang mutlak

akan diselamatkan Allah jika terjumpa masalah,

mudah-mudahan..Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-45788000556470098602012-02-01T17:18:00.000+08:002012-02-01T17:18:27.448+08:00Syaitan musuh kitasyaitan musuh kita.

jangan kita tertipu dengan syaitan.

syaitan memang pandai dalam menyesatkan manusia..

jangan biar dia merosakkan akidah kita, iman kita, hati kita, amal kita.

syaitan durjana itu memang tahu kelemahan kita. memang tahu cara merosakkan kita...

bukan baru dia buat kerja itu..

dia memang pandai. kita pulak memang ada sifat pelupa, mudah lupa.

kita lupa sesuatu itu adalah jalan syaitan, alat syaitan, agen syaitan.

jadi... mohon pada Allah selalu minta selamat dari gangguan syaitan,

Baca dan fahami surah An- Nas...

Kalau kehidupan kita kacau bilau, itu pun mungkin angkara syaitan..

kalau hilang khusyuk solat, itu pun mungkin angkara syaitan..

kalau suka buat maksiat, mungkin syaitan ambil kesempatan kelemahan kita, kita selalu lupa susah kemudian hari kalau ikut syaitan..

akibat yang diterima sangat berat.. syaitan akan ketawa berdekah dekah tengok kita..

oleh itu..

ingat selalu

adanya hasutan syaitan ini..

kita nak cemerlang dunia cemerlang akhirat

kita nak hidup gembira dunia akhirat

kita nak sejahtera mudah mudahan di lorongkan ke arah jaya dunia jaya akhirat.. bila rasa berat melakukan amal-amal yang baik (termasuk urusan mencari ilmu atau mencari nafkah).. ingat, kita ada tugas dalam dunia ini.. kita adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Kewujudan kita bukan kebetulan, tetapi ada tujuan.

semoga beroleh al falah.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-21156743476872405082012-01-26T23:25:00.000+08:002012-01-26T23:25:15.899+08:00Tak susahSenang saja kalau kita rasa kita bersama Allah. Jangan peduli fikiran-fikiran yang negatif. Ah.. kalau kita dilindungi Allah, tiada yang dapat menghinakan. Itu yang kita baca sentiasa dalam solat subuh. kalau Allah menghinakan seseorang manusia, tiada yg dapat menyelamatkan.. Ayuh.. kita sembah Allah, kita puji Allah, kita taatkan Allah, kita doa mohon apa apa saja yang baik dari Allah.. kita mohon ampun banyak banyak dari Allah. kita berbakti untuk Allah. kita hidup dan mati untuk Allah. insya Allah akan kita rasakan kasih sayang, cinta rindu dari Allah.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-28785169082849872582012-01-26T23:18:00.000+08:002012-01-26T23:18:16.198+08:00Allah bersama kita.Banyak sekali yang berlaku

sepanjang sejak kali terakhir daku menulis di blog ini

hingga kini..

semua itu tertulis dalam lipatan sejarah...

ya

aku akan menulis semula dalam blog ini

dengan satu tekad

memancarkan kembali

cahaya rohani

daku percaya pada satu perkara

selagi niat betul

pada jalan yang betul

berbuat yang betul

maka

Allah bersama kita

mudah mudahan berjaya

berbahagiaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-89806148184771811112011-12-30T23:15:00.000+08:002011-12-30T23:15:46.563+08:00Tahun Baru 2012Selamat memasuki tahun baru 2012. Memanglah dalam urusan kita, selalu dipengaruhi perbezaan tahun masihi ini, terutamanya orang yang bertugas di sekolah , macam saya ni. Tahun baru bermakna tugas yang baru, client yang baru (sebahagiannya), mungkin dapat rakan-rakan baru dan yang pasti insya Allah pakaian pun baru. Apa yang ingin dibuat ialah bukan saja yang tersebut itu saja baru, tapi yg penting semangat baru. Biarkan berlalu yang telah berlalu. Yang baik dijadikan amalan berterusan dengan ditambah baik lagi. Yang kurang baik di nilai-nilai sendiri di mana kesilapan dan kekurangan, supaya diubah menjadi lebih baik, mendatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.. memberi faedah kepada diri sendiri dan insan lain.. kepada agama dan bangsa. Yang jelas tidak baik, buang jauh-jauh jangan peduli kalau ada keinginan mendekati lagi. Tanamkan kebencian yang sekuat-kuatnya kepada perkara yang merosakkan keharmonian hidup... kalau ada pihak luar yang menyusahkan hidup kita, jangan layan lagi pengaruh seperti itu.. perangi habis-habisan.. kita ada hak untuk hidup aman damai. jangan bagi muka dengan syaitan dan kuncu-kuncunya yang bertopengkan manusia. Kita mesti tegas. Saya mahu tunaikan amanah Allah. Itu lah dia.. bukan nak elak tugas menangani masalah murid. Tidak sekali-kali.. saya tetap mahu memberi perhatian sepenuhnya mendidik murid-murid tak kira prestasi akademiknya atau sahsiahnya.. saya mahu bantu semua pihak, insya Allah. Yang saya tak mahu ialah membiarkan virus-virus penyakit moral, sikap kurang ajar, menggunakan orang, mengambil kesempatan kelemahan orang lain, tak mahu saya biarkan perkara seperti itu .. saya pasti perangi habis-habisan. Saya harap rakan-rakan serta anak-anak murid saya akan lebih berjaya pada tahun 2012 ini. Kepada ahli keluarga saya, merekalah kebahagiaan saya, syurga saya.. Saya mahu buat yang terbaik untuk mereka.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-17913847047586069492011-11-22T21:58:00.000+08:002011-11-22T21:58:32.012+08:00Fadhilat ZikirAnas r.a. memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiadalah seorang hamba yang mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH pada bila-bila masa di malam hari ataupun di siang hari melainkan hapuslah dosa-dosa dari buku amalannya dan digantikannya dengan kebaikan."

[Pengarang kitab Fazaile-Amal (Himpunan kitab-kitab Fadhail), memberi penerangan: penghapusan dosa ini menghendaki keikhlasan. Tetapi menyebut nama Tuhan dan mengucapkan kalimah Taiyibah sebanyak-banyaknya dengan sendirinya mendatangkan keikhlasan kerana salah satu daripada nama-nama bagi kalimah yang suci ini ialah kalimah ikhlas.]

Kepada rakan-rakan pengunjung blog ini, saya syorkan anda selalu membaca doa Kunzul Arash yang mempunyai kalimah Taiyibah di setiap lafaz doanya. ada lebih seratus kalimah. Doa ini dianggap RAJA SEGALA DOA. Sesiapa yang ingin ketenangan dan pertolongan serta ganjaran, bacalah doa ini dan hayati maksudnya. Doa ini ada dalam kitab Surah Yasin yang tebal Majmuk Syarif. Atau belajar doa ini dengan ustaz dan ustazah. Kalau nak minta dengan saya, email saya mdrujhan@yahoo.com.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-71919534860609533792011-10-30T14:13:00.000+08:002011-11-01T16:53:33.123+08:00Berdoa mohon bercahayaHati manusia perlu dibersihkan, perlu disucikan, perlu dimurnikan. Kita mestilah berusaha membersihkan hati daripada pengaruh hawa nafsu dan syaitan dengan sentiasa mengingati Allah dan berlindung pada Nya serta memohon pertolongan Nya.
sedangkan kita yang ada iman harus bersikap merendah diri, jangan sombong, jangan kasar, dan mohonlah hidup yang harmoni, berbahagia beribadah kepada Allah dan berbakti kepada agama tercinta.
Kita hendaknya selalu mohon hidayah, taufik dari Allah... pimpinan, perlindungan, rezeki, keselamatan, kasih sayang, cinta Allah Yang Maha Mengasihani. Allah Maha keras siksaan Nya, Allah Maha Gagah Perkasa, Allah saja yang layak bersifat Kesombongan (salah satu nama Allah ialah Al Mutakabbir ) , siapa manusia yang sombong akan dilaknat Allah, akan dibalas, akan dihina Allah, bukan saja di akhirat malah di dunia ini pun menerima balasan buruk.
Kita mohon cahaya ketenangan, cahaya kehidupan, cahaya kebahagiaan, cahaya keinsafan, cahaya petunjuk, cahaya seri wajah, biar orang-orang yang baik-baik suka dengan kita, orang-orang jahat takut dengan kita.. Berdoalah kepada Allah yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani, supaya kita diberi cahaya Nya. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: " Ya Allah berilah kepadaku cahaya dan tambah bagiku cahaya, dan jadikan dalam hatiku cahaya dan dalam kuburku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya dan pada penglihatanku cahaya, sehingga (Nabi) berkata: pada rambutku, pada kulitku, pada dagingku, pada darahku dan pada tulangku ( jadilah cahaya)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-69656460106924053662011-10-25T19:52:00.000+08:002011-10-25T19:52:58.530+08:00sabar - darjat sifat sabar,Rasulullah menerangkan bahawa solat adalah cahaya. Tiada solat tiada cahaya.
Kemudian, sekiranya seseorang dapat mengeluarkan zakatnya dengan ikhlas, tanda imannya masih kuat.
Sabar itu, kata Rasulullah adalah dhiya', ertinya sinaran yang mnyuluh jalan yang akan ditempuh. Sabar, ertinya tahan menempuh jalan yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar mengerjakan taat kepada Allah, menjauhi segala maksiat yang dilarangNya dan sabar atas segala taqdirNya. Tetapi di antara sifat sabar itu, maka sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama; lebih utama dari sabar atas segala taqdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan...
Hadis Nabi (dari Saidina Ali) , : Sesungguhnya sabar atas satu maksiat dituliskan kerananya kepada seorang hamba sebanyak tiga ratus darjat, dan sesungguhnya sabar di atas satu ketaatan dituliskan kepadanya enam ratus darjat dan sesungguhnya sabar (menahan diri) dari segala maksiat dituliskan kepadanya sebanyak sembilan ratus darjat".Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-8387321461870530712011-10-14T16:05:00.000+08:002011-10-14T16:05:28.199+08:00Keberkatan imanDengan keberkatan iman, harta yang sedikit sudah mencukupi. Makanan yang sedikit sudah mencukupi. Segala yang diterima dari Allah dirasakan lebih dari mencukupi, malah hamba Allah itu segan dengan Allah kerana kerana Allah tak putus-putus memberi pertolongan, mudah-mudahan tandanya keredhaan juga. Selalu dia minta Allah redha akan pertolongan dan rezeki dari Nya.. mudah-mudahan segala dosa telah diampunkan.
Berkenaan persoalan yang sedikit pun cukup ini, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa ada seorang hamba Allah, biasanya ia banyak makan, kemudian dia masuk Islam, dan setelah itu makannya sedikit. Perkara ini diceritakan kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang maksudnya : Orang mukmin makan dengan satu perut dan orang kafir dengan tujuh perut . (Riwayat Bukhari).
Cuba kita cari kepuasan hidup dengan landasan iman, hingga hidup kita tenang, tidak diburu nafsu, tidak gila harta, tidak lalai dalam dunia hiburan maksiat yang merugikan. kita cari mardhiya di dunia, mardhiya di akhirat. Ingatlah wahai diriku dan wahai saudaraku, amalan di dunia berpunca dari gerak hati.. maka sucikanlah hati kita. Amal di dunia terus di rekod ke alam ghaib, alam barzakh.. dicatat oleh malaikat, dan akan dibicarakan di Hari Pengadilan kelak. Kita berjuang berbakti hanya untuk Allah, kita berdakwah untuk kembangkan Islam, demi penghayatan Islam sebagai cara hidup.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-72002006394114570902011-10-08T20:11:00.000+08:002011-10-14T15:44:02.106+08:00Syukur selalu pada Mu Ilahi" Jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dianugerahkan Nya) kepadamu, tidaklah dapat kamu menghitungnya" (Al Quran, Surah Ibrahim: 34).
Kita harus sentiasa mensyukuri nikmat Allah, Kita bersyukur, mudah-mudahan Allah bertambah sayang pada kita, Allah maafkan kita selalu... kalau kita telah buat salah dan kita mohon ampun. Mudah-mudahan ditambah-tambah lagi nikmat pada kita dan ahli keluarga kita. Kita pun hendaklah mohon keredhaan Allah, dia beri kita macam-macam nikmat, kadangkala kita rasa macam tak layak menerima sesuatu rezeki atau pertolongan atau nikmat sebesar itu. tapi itulah Allah... dia Maha Mengetahui, Maha Pemurah, Maha Dermawan. Allah tolong sesiapa yang disayangiNya. Allah mudahkan urusan sesiapa yang disayangi Nya. Dia Maha Kaya dengan Kebaikan.. Dia suka melimpahkan kebaikan.. Kebaikan bukan semestinya kekayaan harta. Kerana harta yang melimpah ruah tak semestinya membawa kebaikan. Pada saya, kebaikan yang paing utama ialah hidup dalam keredhaan Allah, mungkin kehidupan sederhana saja... tak semestinya kaya raya. susah nak kawal hati bila kita kaya raya ni.. kurang kemanisan sifat sabar dan zuhud. Tapi ramai juga orang kaya yang baik. Yang suka menolong orang lain, menolong ummah.. baguslah. itu juga satu aspek jihad yang mulia.
Kita bersyukur... kita bersyukur terutamanya kita beriman, kita dikurniakan nikmat Islam.. kita sejak dilahirkan kita dalam " Agama yang diredhai di sisi Allah, hanyalah Islam" (Al Quran; Surah Aali Imran: 19). Kita mudah mudahan terus gigih mempelajari dan mengembangkan Islam.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-46652181671519653862011-10-02T23:37:00.000+08:002011-10-02T23:37:05.072+08:00Masa dan Peluang BermunajatApabila kita ambil wuduk, kemudian ke masjid atau ke tikar sembahyang, di mana sahaja yang dibolehkan, kemudian kita mendirikan solat... maka ketika itulah kita berpeluang bermunajat kepada Allah swt. Sebenarnya kita sedang bermunajat kepada Allah, jika kita pelihara solat kita itu, jaga syarat sahnya, rukun rukunnya, yang wajib yang sunat, bacaan dan perbuatan, waktunya, khusyuknya.. itulah munajat kita. itulah masa terbaik untuk bermunajat kepada Allah, dan Allah pasti melihat , mengetahui dan memahami apa yang kita lakukan dan persembahkan.. ambil kesempatan ini. Jangan lalai memuji Allah, mengagungkan Allah, dan berdoa kepada Allah, terutama dalam sujud.
Jangan kita rugi hidup di dunia yang jadi ladang akhirat ini, kerana melalaikan peluang bermunajat kepada Allah. bila ingin mengerjakan solat, ingatlah inilah agenda terpenting kita dalam hidup di dunia ini, maka bermunajatlah puas-puas.. hingga terasa manisnya iman, manisnya ibadah dan betapa damainya hati hidup dengan ilmu yang hak. insya Allah.. saya mengingatkan diri saya. Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-48238185034936249302011-09-14T16:53:00.000+08:002011-09-14T16:53:15.116+08:00Bersedekah amalan muliaAswad bin Yazid meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ubatilah orang-orang kamu yang sakit dengan mengeluarkan sedekah dan bentengilah harta-harta kamu dengan mengeluarkan zakat dan siapkan untuk menjauhi bala dengan berdoa." (Hadis riwayat Baihaqi)
Hadis di atas memberi jalan keluar untuk banyak masalah, dan memberi kaedah mendapatkan ketenangan jiwa dan keharmonian hidup.. Insya Allah akan ku cuba laksanakan perintah ini. Demi mengusahakan kehidupan yang sejahtera buat diriku dan ahli keluargaku dan sedikit sebanyak dapat daku membantu umat Islam sekadar yang mampu. Semua ini ilham dari Allah jua.. Yang menguatkan hati dan menetapkan niat untuk bersedekah dan berzakat ialah Allah jua. Mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah s.w.t. Kita ini hamba Allah yang beruntung jika kita mengenaliNya.. Ramai manusia tidak kenal Allah. Ramai manusia menafikan bahawa Allah ialah Tuhan yang layak disembah , semata mata kerana sikap sombong mereka dan angkuh dan jahil tidak mahu belajar. Cubalah kita renungkan, betapa berharganya iman itu. Iman akan menyelamatkan. Tapi iman boleh hilang kerana banyak perkara, kerana tamak haloba, kerana kedengkian dalam hati, kerana zalim, kerana nafsu yang menjadi raja.. hingga kalah pertimbangan diri. maka usahalah untuk menguatkan iman... termasuk di situ ialah beramal mengeluarkan zakat, bersedekah, berdoa, berzikir dan selalu menolong orang yang memerlukan. insya Allah niat yang baik dapat dilaksanakan. Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8567728123835541957.post-74721219413270348562011-09-09T11:30:00.000+08:002011-09-09T11:30:13.357+08:00Mohon Keredhaan MuRamadan telah berlalu. Semoga kita bertemu lagi ramadan tahun hadapan, agar dapat menyambung ibadah. Namun segalanya terserah pada Allah swt. Hingga takat mana umur kita hidup di dunia, Allah saja yang tahu. Dia yang menetapkan. Dia yang menentukan hidup dan mati manusia dan semua makhluk yang lain. Dia menentukan rezeki, Dia yang menentukan susah senang kita. Manusia yang beriman akan berlapang dada, sabar dan redha, sementara yang tidak yakin kekuasaan Allah atau tidak beriman, atau tidak bersyukur, tunggulah apa yang menanti di dunia dan di kehidupan akhirat.

Sebenarnya Syawal yang tiba bukan untuk bersuka ria hingga melupakan perintah Allah. Cuba kita masa nak makan minum kita ingat bahawa masa bulan ramadan kita tak boleh makan minum, tapi kini boleh, Allah benarkan. Cuba kita fikir, boleh sahaja Allah wajibkan kita berpuasa sepanjang tahun. Tapi Allah tidak begitu. Kita boleh makan dan minum dan lain-lain perkara lagi yang dibenarkan. Kita mesti bersyukur boleh makan minum dan diberi rezeki untuk makan minum.. mesti ingat Allah selalu, berterima kasih, dan mohon Dia redha kita makan minum.. patutkah kita makan dan minum dalam keadaan kita banyak berdosa kepada Allah.. Patutkah? Tidakkah kita malu kepada Allah? Tidakkah kita patut memohon ampun kepad Allah.. Mana ada makanan atau minuman yang bukan rezeki dari Allah? Ingatlah kalau Allah tarik nikmat sihat dari kita, kita pun tak boleh makan dan minum macam masa sihat. Oleh itu saya mengingatkan diri saya supaya selalu bersyukur dan beristighfar.. Tanda bersyukur yang paling utama ialah menjaga solat kita. Buat yang fardhu sebaik-baiknya, banyakkan yang sunat. Satu sujud menghapuskan satu dosa dan meninggikan kita satu darjat. Saya takut sebenarnya untuk berdakwah, sebab banyak sekali nas yang menyatakan peringatan kepada manusia, supaya melakukan apa yang diperkatakan sendiri. Maksudnya saya lebih berdosa dari orang lain, kalau saya sendiri tak buat apa yang saya katakan. Saya mohon hidayah, saya mohon pimpinan Allah dan syafaat Rasul, saya yang hina ini ingin berbakti untuk agama suci ini. Itu saja. Untuk motivasi diri sendiri, dan insya Allah untuk teman-teman dan seluruh umat manusia.

Sebagai rumusan, nak makan minum ingat Allah, mohon keizinan dan keredhaan Allah. Mohon keberkatan. Mohon dijadikan kita orang Islam yang baik, yang cemerlang. Yang akan bersama Rasulullah dan orang-orang yang dicintai di syurga firdaus. Mudah-mudahan.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/08843445410061259143noreply@blogger.com0