Wednesday, December 15, 2010

Hamba Yg Dicintai Allah

Daripada Saad bin Abi Waqas, berkata dia, Rasulullah SAW bersabda: maksudnya, "Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, kaya dan menyembunyikan amalan sedekah dan ibadahnya hanya kerana-Nya." (Riwayat Imam Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa Allah amat mengasihi hamba-Nya yang kaya dan bersifat takwa. Penting kedua-dua sifat itu jalan seiring, akan membawa hidup harmoni dan masyarakat pun sejahtera. Kaya bagus tapi kaya saja tak cukup, perlu bertakwa. Jika ada kedua-duanya, hidup akan sejahtera, dan dapat menolong orang lain kerana Allah.

Bagaimana nak jadi kaya? jawapan yang biasa ialah kalau nak kaya bekerjalah... Sebenarnya Islam menunjukkan cara mendapat rezeki yang halal yang berkat. Ada banyak kunci rezeki. Ada banyak Hadis menerangkan kunci rezeki. Antara kunci rezeki paling utama ialah beristighfar dan bertaubat, selalu menolong orang susah, bertakwa dan bertawakal. Pada hemat saya, kita hendaklah ikhlas dalam amalan kita, dan selalu suka berkhidmat untuk agama. InsyaAllah ada rezeki untuk kita.

No comments: