Friday, July 9, 2010

Rabiatul Adawiyah 2

Suatu hari tuan kepada Rabiah terdengar rayuan Rabiah di tengah malam yg berdoa kpd Allah, "Tuhanku, Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintah Mu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan beribadat kepada Mu. Tetapi apa boleh buat kerana kau jadikan aku hamba kpd manusia." Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yg bercahaya terang tergantung di awang awangan dalam bilik Rabiah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya. sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan org yg begitu hampir dgn Tuhannya. Sebaliknya tuannya itu pula ingin menjadi hamba kepada Rabiah.
Esoknya Rabiah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahu keputusannya hendak hendak menjadi khadam itu dan rabiah bolehlah menjadi tuan rumah atau jika dia tak sudi bolehlah ia meninggalkan rumah itu. Rabiah berkata ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya setuju, Rabiah pun pergi.
Satu hari Rabiah naik haji ke Mekah. Dibawa barang-barang di atas seekor keldai yg telah tua. Keldai itu mati di tengah jalan. Rakan-rakannya bersetuju membawakan barang-barangnya, tapi Rabiah enggan, kerana katanya naik haji bukan di bawah perlindungan manusia. Hanya Allah. Beliau tinggal seorang diri di situ. Dia berdoa, 'Oh Tuhan sekelian alam, aku keseorangan, lemah tak berdaya. Engkau menyuruhku mengunjungi kaabah, sekarang Engkau matikan keldai ku, aku keseorangan di tengah jalan." Serta merta dgn tak disangka-sangka keldai itu hidup semula. Rabiah dapat terus ke Mekah bersama keldai yg membawa barang barangnya. Apabila hampir ke kaabah, beliau berdoa, "Aku ini sekepal tanah, dan kaabah itu rumah yg kuat. Maksudku ialah engkau temui aku dengan sebarang perantara". Terdengar suara berkata, "Rabiah, patutkah Aku tunggang balikkan dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam namamu dalam suratan takdir. Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun ada hendak melihat ku? Aku sinarkan cahaya Ku sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan. dan Gunung Sinai runtuh menjadi tanah hitam."
(Rujukan : Kitab Tazkiratul Auliya'- Sheikh Fariduddin Attar. )
- bersambung.