Wednesday, November 3, 2010

Apalah dunia ini

1. Banyak hal keduniaan membawa kerosakan saja. Memang Allah menguji kita dengan dunia. Manusia ramai yang tertipu dengan dunia. Banyak yang palsu.. Banyak yang merosakkan. Banyak yang menipu. Manusia berlumba-lumba mengejar dunia. Rupa-rupanya menambah kehinaan. Tidak lebih dari kehinaan yang berpanjangan. Tak berkesudahan. Setiap hari dari celik mata hingga tidur kembali tak sudah-sudah hal yang penuh kepalsuan menjadi agenda rutin manusia. Nanti bila dah sakit nak mati baru ingat nasib di alam barzah dan di akhirat Hari Pengadilan. Baru kesal masa hidup dihabiskan hal yang sia-sia. Tak guna... Dah tak guna.
2. Dunia ini harus dijalani, harus diusahakan kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Dunia ini ladang akhirat. Carilah kehidupan akhirat, tapi jangan lupa habuanmu di dunia. Itu perintah Allah. Betul, benar sekali. Cuma kita ini... yang jadi cabarannya, berbagai perkara keduniaan yang diusahakan dan diuruskan rupa-rupanya banyak yang sia-sia saja.. kita tak sedar kita membazir masa, tenaga, wang ringgit, harta, dan segala sumber dihabiskan untuk yang sia-sia. Kalau tak percaya kita sama-sama tunggu Mahkamah Allah nanti. Sebenarnya setiap detik waktu terlalu berharga untuk dihabiskan dengan hal yg tak berfaedah. kita bermegah-megah dengan dunia.. Tunggulah masanya kebenaran tersingkap. Ketakutan menanti bagi mereka yg sesat. Sesat kerana menghambakan diri pada dunia. Sesiapa yang zalim, sesiapa yang sombong, sesipa yang menyusahkan orang lain, akan mengalami perasaan cemas yang amat dahsyat. Allah Maha Kuasa. Allah Maha Besar. Sesiapa yang memilih akhirat dan meninggalkan dunia yang melalaikan, mudah-mudahan selamat.
3. Jika kita ada keluarga, kita uruskan keluarga kita. Jika kita sebatang kara, kita jaga diri kita. Selamatkan diri kita dan ahli keluarga kita dari balasan neraka. Tinggalkanlah hal keduniaan yang merosakkan. Mungkin nampak indah semua itu, tapi hakikatnya kita membazir sumber. Saya mengingatkan diri saya sendiri. Jangan tertipu dalam kehidupan singkat ini. Jika Allah mengilhamkan kita untuk berubah, mudah-mudahan itu tandanya masih ada harapan untuk kita. Mulakan kehidupan yang cemerlang. Jadilah pejuang agama, bukan hamba dunia tunduk pada bisikan syaitan iblis laknatullah. Allahu akbar.

No comments: