Tuesday, June 17, 2008

Hakikat dunia ( 1 )

1. 'Atabah bin Ghazwan r.a., seorang sahabat Rasulullah, sesekali bernostalgia bagaimana getirnya saat ketika bersama Rasulullah s.a.w. ketika hanya makan dedaunan pada saat jihad di jalan Allah s.w.t. Saat-saat itu dirasakan saat paling disukai sepanjang usianya dan sebagai hari-harinya yg paling manis. Sepeninggalan Rasulullah, dia diangkat menjadi seorang penguasa dan juga hakim. Menurutnya, kehidupan yang harus dihadapi sepeninggalan Rasulullah s.a.w. adalah tidak berharga dibandingkan saat-saat dalam kesusahan bersama Rasulullah dahulu.
2. Sa'ad bin Abi Waqqash r.a. merasa kebingungan saat diangkat menjadi penguasa di Kufah sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Ia melihat kenyataan yang sangat berbeza dibandingkan saat bersama Rasulullah s.a.w. , yang cukup hanya dengan makan tumbuh-tumbuhan, makan kulit kambing yang sudah kering, dipanggang, ditumbuk lalu direbus dengan air. Sa'ad melihat betapa tidak berharganya istana-istana dan rumah-rumah yang indah.
3. Firman Allah
- dalam Surah Adh-Dhuha:4 , bermaksud "Dan sungguh akhirat itu lebih baik bagimu
daripada dunia."
- dalam Surah Almukminun : 55-56 bermaksud "Apakah mereka mengira bahawa harta
dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa) Kami bersegera
memberikan kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak
menyedarinya."
4. Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya " Demi Allah, bukanlah kefakiran yang lebih aku khuatirkan atas diri kamu.
5. Kebiasaannya, manusia mampu menyesuaikan dirinya dengan persekitaran. Kita pun boleh hadapi kesusahan dan kesulitan dengan kesabaran. Namun semua itu hanyalah dengan pertolongan dan petunjuk Allah s.w.t. Petunjuk dan pimpinan Allah menguatkan kita di masa-masa yang sukar. Yakinlah akan pertolongan Allah, kerana Dia Maha Kuasa dan Maha Pemurah. Maka banyakkan mohon ampun dan bertaubat. Sesungguhnya Tuhan kita adalah Maha Pengampun.
- Rujukan: Buku La Tahzan.

Friday, June 13, 2008

SOLAT SECARA SEMPUNA - Siri 3

Catatan ringkas tentang khusyuk dalam solat.
1. Hendaklah kita menyedari yang sedang kita sembah itu ialah Allah, Tuhan Maha Agung. Dia Maha Kuat, Maha Perkasa. Maka kita mohon padaNya pertolonganNya atas segala keperluan kita. Maka mengapakah perlu kita ingatkan yang lain-lain dalam solat kita? Mengapa fikiran melayang kepada seribu satu masalah dunia? Serah saja pada Allah. Minta tolong padaNya. Jangan dirisaukan hal yang remeh temeh. Allah boleh memudahkan kita, pasti boleh. Mohonlah bersungguh-sungguh.
2. Kita solat kerana kita mengagungkan Allah. Kita membesarkan Allah. Kita tak mahu membesarkan hal dunia. Kita kasihkan Allah. Kita rindukan Allah. Kita takutkan kemurkaan Allah. Sebab itu kita solat. Maka tumpukanlah sepenuh perhatian. Siapa tahu itulah solat kita yang terakhir. Kita pun tak tahu bila saat kematian kita. Buatlah bersungguh-sungguh.
3. Penyembahan kita adalah tanda tulus kasih kita pada Allah. Pasti Allah menyukai jika dibuat penuh ikhlas. Pasti ada balasan kasih sayang dari Nya, termasuk yang berupa kebahagiaan hidup walau dalam serba kesederhanaan. Allah memimpin kita, memberi hidayah, menunjuki ke jalan yang terang dan lurus, asal saja kita berusaha mendekatiNya. Bukankah hadis Qudsi ada menyebut, jika kita datang kepada Allah berjalan, Dia datang dengan berlari, jika kita datang sejengkal, Dia datang sehasta. Percayalah, yakinilah. Solatlah dengan khusyuk penuh pengertian.

Wednesday, June 11, 2008

SOLAT SECARA SEMPURNA - Siri 2

- Apalah ertinya solat kalau dibuat dengan kelam kabut
- apalah ertinya solat kalau di luar waktu
- apalah ertinya solat kalau tak faham apa yang dibaca
- apalah ertinya solat kalau hati melayang ingat yang bukan bukan
- apalah ertinya solat kalau hati tak hadir mengadap Allah
- apalah ertinya solat kalau dibuat dengan rasa terpaksa
- apalah ertinya solat kalau tiada rasa dipandang Allah
- apalah ertinya solat kalau tak gembira berkomunikasi dengan pencipta kita sekali lagi
- apalah ertinya solat kalau tak mahu berjemaah di masjid sedangkan telah mendengar azan
- apalah ertinya solat kalau berjemaah di masjid tapi pergi ke masjid kerana ada tujuan lain
- apalah ertinya solat kalau tak terharu dapat bertemu Tuhan, iaitu teman kita yg paling rapat
- apalah ertinya solat kalau tak mahu berdoa dalam solat sedangkan itulah saat kita paling dekat dengan Tuhan
- apalah ertinya solat kalau tak terbuka hati untuk buat kebajikan
- apalah ertinya solat kalau tak berhenti lakukan dosa
- apalah ertinya solat kalau tetap berterusan bercelaru jiwa, roh dan minda
- MAKA ....... PASTIKAN SOLAT KITA PENUH ERTI, PENUH TUMPUAN, SAMPAI PADA TUJUAN, IAITU MENGHADAP WAJAH HATI KITA PADA TUHAN PEMILIK SEKELIAN ALAM.

Monday, June 9, 2008

SOLAT SECARA SEMPURNA - Siri 1

1. Beberapa tahun yang lepas daku merancang mengembang idea menggerak diri sendiri dan masyarakat islam ke arah solat secara sempurna.
2. Yang mendesak ialah diriku sendiri, iaitu daku merasakan solatku selalu tidak sempurna, selalu tidak khusyuk, kurang berkualiti pada beberapa ketika dan masa.
3. ada masanya daku merasa kemanisan beribadah dan keasyikan menyembah Tuhanku yang juga kekasihku. Tetapi ada kalanya solatku terasa kosong dan sepi. Maka ku mulai perjalanan ini untuk berada istiqamah dalam kemanisan beribadah. Maka ini satu perjuangan, satu perjalanan dan satu pengabdian dan indah.
4. Daku menceritakan hasratku ini kepada beberapa orang dan ada yang bersetuju.. antaranya Saudara Misri Thariano, seorang teman yang akrab.
5. Daku declare usaha ini sebagai AKTIVIS 3S. Beberapa kitab menjadi rujukan, tetapi antara yang utama ialah terjemahan Asrar as-Shalah (Rahsia Solat) iaitu sebahagian dari Ihya Ulumiddin hasil karya Hujjatul Islam al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali As Syafi'i Al Asy'ari (Imam Al Ghazali).
6. Sebagai permulaan penulisan tajuk ini, dlm blog ini, daku peringatkan diri supaya buat yang terbaik dlm solat. Yang utama diutamakan:
- solat berjemaah di masjid, jika boleh buatlah amalan Sunnah Rasulullah ini seberapa yang
mampu. Tidakkah anda suka ke rumah kekasih anda.
- khusyuk dalam solat. Fahami apa yang dibaca. Ingat kita menyembah Allah, kita sedang
berkomunikasi dengan Tuhan. Insafi diri, kita mengharap keampunan yang Maha
Pengasih.
- Buat semua perkara sunat dalam solat.
- Iringan solat solat nafil amat penting. Cuba lakukan terutama yang diberatkan.
7. Kita perlukan pertolongan dan rahmat Allah, kita kasihkan Allah. Kita rindukan Allah. Kita suka berjumpa Allah. Kita suka sujud merendahkan diri kepada Allah. Jadikan solat sumber mendapatkan cinta kasih Allah