Friday, May 11, 2012

Kembalilah Wahai Hamba Allah

Kembalilah... kembalilah ke jalan terang di mana kau pernah melaluinya dengan jiwa yang paling mantap. Orang yang beriman itu mungkin akan sesat juga, mungkin akan tersalah haluan... mungkin berbuat dosa. malah dosa yang besar.. boleh juga kufur hilang imannya.. boleh terkeluar dari jalan akidah yang lurus. Menakutkan.. tapi bagaimana semua itu boleh terjadi?? Tak pelik, tak menghairankan. Manusia biasa memang boleh saja terlupa prinsip diri, boleh saja kalah kepada hasutan jin dan syaitan.. boleh saja terpengaruh dengan keseronokkan dunia yang banyak menipu. Tapi jangan salahkan pihak lain.. manusia diberi banyak pilihan. Nak ikut yang betul atau yang salah. terpulang. Terimalah akibat dari pilihannya itu. Kalau dah melampau sangat terimalah akibatnya, kemurkaan Allah akan dirasai kesannya. Siksaan itu dijanjikan di akhirat. Namun boleh juga ditimpakan sejak di dunia. Balasan di dunia selalunya menyedarkan insan yang bersalah. Jika ada masa lagi untuk bertaubat nasuha, lalu dia bertaubat, dengan cukup syarat-syaratnya lalu dia diterima taubatnya, maka dialah insan yang paling beruntung... sangat beruntung.. Tuhan telah mengetahui semua ini. Tuhan menyukai hamba Nya yang bertaubat nasuha, lebih daripada sukanya seorang pengembara di tengah padang pasir yang amat panas, pengembara itu kehilangan untanya yang membawa makanan dan minuman serta barang-barang keperluan dan dagangan, lalu pengembara itu putus asa lalu cuba tidur dan berkata pada dirinya "matilah aku...". tiba-tiba untanya muncul di depan matanya, maka menurut suatu hadis yang tercatat dalam kitab Ihya Imam Ghazali, sesungguhnya Allah lebih suka lagi berbanding sukanya orang itu. Bagi insan yang melakukan dosa, dia telah mengotorkan jiwanya, menggelapkan hatinya, merosakkan kehidupannya, rohnya sakit, lemah, bebal tidak memiliki cahaya lagi.. setitis nila merosakkan susu sebelanga. Dia semakin jauh dari Allah. Maknanya dia jauh dari bimbingan Allah dan petunjuk. Dia melupakan Allah dan dia melupakan Rasul. Maka Allah juga meninggalkannya dan murka padanya. Jika dia bertaubat Allah menerimanya kembali. Sebenarnya jika kehidupannya bersih kembali, yang menyelamatkannya pada hakikatnya ialah Allah jua. Tiada lain melainkan Allah jua. Kerana Allah sayangkannya. Kerana Allah mahu selamatkannya. Kerana Allah cinta padanya... itulah cara Allah. Berbuat sekehendak Zat Nya dan sifat Nya tanpa terikat mana-mana hukum atau mana-mana pihak. Suka hati Allah lah nak beri hidayah dan taufik. Suka hati Allah lah nak meninggikan darjat seseorang, atau merendahkan, menjatuhkan darjat seseorang. Maka tugas hamba ialah taat pada Allah, dekatkan diri kepada Allah, ikut syariat. Yang benar sudah jelas, yang salah juga sudah jelas, ikutlah syariat. berdoalah mohon ampun.. kesali kesalahan di masa lalu, ubah cara hidup. gantikan umur yg terbuang sia-sia itu dengan berbuat baik dalam segala kesempatan di masa kini dan akan datang. Selalu berselawat kepada Nabi.. jika belum pergi haji, tanam azam dan usaha untuk menunaikan haji dan menziarahi makam Nabi. Insha Allah ada kekuatan untuk insan yang diberi petunjuk itu.