Saturday, April 19, 2008

UBAT HATI PENERANG JIWA

Firman Allah, yang bermaksud
1. " ingatlah, hanya dengan mengingati Allah s.w.t.lah hati menjadi tenang." (Ar-Rad: 28)
2. " kerana itu, ingatlah kepadaKu, nescaya aku ingat pula kepadamu .... " (Al-Baqarah: 152)
3. " Wahai orang-orang yang beriman, banyaklah kamu mengingati Allah s.w.t. dan bertasbihlah di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab:41-42)
4. " Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah (Al-Munafiqun:9)

Sabda Rasulullah, ertinya
"Mudah-mudahan Al-Mufarridun mendahului (keberhasilannya). " Para sahabat bertanya: "Siapakah Al-Mufarridun itu? Nabi s.a.w. bersabda." Mereka adalah lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah s.w.t.

(Petikan dari buku La Tahzan, oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni)

Saturday, April 12, 2008

AKHLAK KEPADA ALLAH

Imam Jaafar As Sayuthi menyebut dalam kitabnya adab dan akhlak orang mukalaf ialah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Tunduk dan patuh kepada kebesaran Allah, menyerah diri kepadaNya. mengikut perintah dan peraturanNya. Setelah mengamalkan Islam, handaklah memperjuangkan Islam hingga ke seluruh pelusuk dunia. Menjauhi segala yang haram dan makruh kerana yang haram dimurkai Allah, manakala yang makruh sangat dibenci dan menjauhkan diri daripada rahmatNya. Perbaiki akhlak zahir dan batin. sentiasa merasa insaf, merasa hanya kepada Allah tempat bergantung dan menyerah diri. selalu bertafakur mengingati kebesaran Allah, merenung kejadian makhluk Allah, takdir dan qadha Allah yang berlaku dari semasa ke semasa. Selalu menyebut nama Allah, hati mengingat walau di mana berada. Mengawal anggota badan dari melakukan dosa, kecil atau besar. Hati sentiasa tenang tidak gelisah menghadapi kehidupan dunia, tetapi bimbang kehidupan akhirat, berdoa agar diredhai. Kurangkan nafsu Ammarah, berusaha ke arah nafsu Mutmainnah. Ikhlas dalam amalan. Utamakan kebenaran dalam niat, percakapan dan perbuatan. Tidak putus asa dalam menerima ujian Allah. Tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Redha ketentuan takdir dan qadha Allah. Sentiasa bertaubat setiap kali merasa diri berdosa. Sentiasa menyempurnakan wuduk dan menanti waktu solat.

Bercinta di langit tinggi

Memori itu teramat indah
petang yang damai
matahari bersinar cerah
daku dalam pesawat Malaysia Airlines
kita berdua
mengecap nikmat cinta
membisik di hati... kata-kata syahdu..
meraikan cinta di langit tinggi... di awan putih
tiada yang mengganggu
air mata berderai
kerinduan... sekalipun dikau amat dekat
amat mengerti..
wahai kekasih... wahai Tuhanku..

memory: not allow it to fade

I must keep my memory green, not allow it to fade. Our memory is our wealth. Amazing indeed is the power of memory to affect persons and situations. Everyone has inside himself a piece of good news and hope. We believe our success in the past is the answer for tough situations. We must react creatively, always cool it. There is always Someone on your side. God loves us. He will see us through, always and surely. There is a giant inside us. And I want to release the GIANT ME.