Tuesday, November 30, 2010

Apabila Allah kasih

Sabda Rasulullah SAW, Allah SWT berfirman: "Maka apabila Aku kasih kepadanya, Aku menjadi pendengaran, penglihatan dan tangan yang menguatkan baginya. jika dia minta sesuatu kepada-Ku nescaya Aku tunaikannya." (Riwayat Bukhari dalam al-Jami' al-Sahih).

Sahabat.. janganlah lepaskan peluang ini. Allah menjanjikan sesuatu yang sangat besar, sangat utama, sangat mulia kedudukannya kepada kita. Bagaimana mendapat kasih Allah.. Banyak jalannya, melalui amal ibadah, melalui mujahadah, melalui jihad, melalui kita mencintai Allah beserta taat, zuhud, tapi mesti dengan ilmu.. dan semua itu mesti juga ikhlas, tiada syirik, tiada riya', ujub, takabbur. Ada orang mengatakan jalan menuju Allah, boleh dilalui dengan meninggalkan dunia yang melalaikan. Hal dunia yang membawa kepada keredhaan Allah tetap baik. Pekerjaan yang membawa manfaat kepada keluarga dan orang ramai, memang sangat baik, sangat wajar dikembangkan. Perkara yang merosakkan keluarga dan masyarakat hendaklah dijauhi. Hiburan hiburan dan hidup berseronok-seronok sahaja kadangkala banyak bahayanya. Nabi hidup sederhana. Para sahabat Nabi hidup sederhana. Ulama ulama hidup sederhana. Kita ini pun patut mencontohi mereka semua. Kita usahakan keluarga sakinah, bukan keluarga yg punah.. Saya bukanlah mengaku baik sangat.. jauh sekali sampai macam tu. Cuma nak kongsi pandangan. Apa yang kita nak sebenarnya? Kalau nak gembira, hidup dalam takwa dan iman lebih menggembirakan lagi. Lebih puas daripada kepuasan orang-orang yang melakukan perkara yang lalai. Anda lebih tahu daripada saya.

No comments: