Wednesday, November 3, 2010

Kata-kata Junaid Al Baghdadi

1. Rindu pada Allah itu membuangkan dosa.
2. Kamu tidak mencapai baqa' (kekal dengan Tuhan) sebelum melalui fana' (hapus diri)
3. Lupa mengenang Allah lebih teruk dari azab neraka.
4. Orang yg hidupnya bergantung kepada nyawanya akan mati bila nyawa itu bercerai dari badan. Tetapi orang yang hidupnya bergantung dengan Allah tidak akan mati.
5. Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan Allah. Lebih baik lidah itu bisu jika tidak menyebut nama Allah. Lebih baik telinga itu pekak, jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah. Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melakukan suruhan Allah.
6. Orang yang bergantung kepada usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dari ibadatnya.
7. Orang yang dicintai Allah itu akan dilorongkan Allah untuk berkawan dengan auliya' Nya.
8. Orang yang mengkaji sesuatu dan tidak mengkaji perkara perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan.
9. Orang yang makan banyak tidak dapat melakukan ibadat.
10. Bagi murid, dunia ini masam, tetapi manis dari segi kerohanian.
11. Empat ratus orang guru agama sebulat suara berkata bahawa seseorang itu hendaklah melakukan ibadatnya dengan penuh khusyuk hingga tidak terlintas di fikirannya yg lain kecuali Allah.
12. Seorang sufi itu ibarat ladang, di mana baja diisi, dan menghasilkan bijian-bijian yang baik.
13. Orang yang benar-benar ikhlas mencari Allah akan mendapatnya.

No comments: