Tuesday, April 20, 2010

Bersandar di sebalik nama Al Qaadir dan Al Muqtadir

Dalam kepayahan,
dalam keadaan penuh kesukaran,
aku bersandar pada keagungan Mu,
nama Mu yang agung,
Al Qaadir,
bermaksud Maha berkuasa membuat sesuatu,
tanpa alat, tanpa perantaraan,
Al Muqtadir,
bermaksud pemerintah segala sesuatu,
Engkau lah yang menentukan tentang membaikkan makhluk atau sesuatu perkara,
tanpa ditentukan sesiapa selain Engkau, tanpa hukum-hukum apa pun,
kecuali atas kehendak Mu jua...
Tiadalah Engkau lemah dalam meluluskan kehendak-kehendak Mu,
maka aku berserah pada Mu ...
akan nasibku, hidupku dan matiku,
tak mahu aku hidup lagi... dalam ketakutan pada selain Mu,
aku percaya dan yakin, Engkaulah penolong Ku,
yang menentukan susah senangku,
sebagaimana Engkau menciptakan bayi,
boleh hidup berbulan-bulan dalam kandungan ibunya...
itu tanda kehebatan dan kekuasaan Mu wahai Tuhan,
tidaklah layak untuk manusia mengelak dari bergantung pada Mu,
kerana Engkaulah Al Qaadir dan Al Muqtadir,
berilah kami kekuatan,
mengerjakan perintah Mu.