Thursday, November 25, 2010

Siapa mewarisi Syurga Firdaus

Nama Firdaus itu ialah tingkatan syurga yang tertinggi dan terakhir, iaitu ke seratus. Siapakah akan dimasukkan ke sana? Kalau kita baca Quran kita akan jumpa penjelasannya. Antaranya ialah Ayat 1 hingga 11 Surah Al Mukminun yang bermaksud:
" Sesungguhnya telah berbahagia orang-orang yang beriman, yang khusyuk di dalam sembahyang mereka dan yang berpaling dari perkara sia-sia dan mengeluarkan zakat dan yang memelihara kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka dan apa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan mereka, maka tidaklah mereka tercela, Tetapi barangsiapa mahu lain daripada demikian, maka mereka itu ialah orang-orang yang melewati batas. Dan yang menjaga amanat dan janji-janji mereka. Dan yang memelihara sembahyang mereka, mereka itu ialah orang-orang yang menjadi waris, yang akan mewarisi syurga (Firdaus) yang mereka akan kekal padanya (di dalamnya)."

Satu perkara yang ingin saya perkatakan ialah semua syarat-syarat itu mesti diikuti untuk dapat balasan baik dari Allah, dan senarai itu dimulai dengan khusyuk di dalam solat dan diakhiri dengan memelihara solat. Oleh itu, kita perlu ingat.. khusyuk tapi tidak memelihara solat tidak cukup.. memelihara solat tapi tidak khusyuk juga tidak cukup.. jagalah kedua-duanya.. Dan jauhilah perbuatan dosa. maksiat. Balasan Allah amat berat. Sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sama aliran pemikiran. Hidup tak lama.. kehidupan akhirat pulak kekal abadi. Apalah diikut rasa hati dan nafsu yang tak elok. apalah gunanya keseronokan sementara tapi derita tak berkesudahan akhirnya. orang yang bijak bersedia untuk kehidupan yang kekal. Manusia biasa tak lepas dari salah dan dosa. Yang baiknya ialah kembali kepada jalan mustaqim, jalan taubat.. jalan takwa menuju Allah. Ingat selalu pesanan Rasulullah.. berpegang pada Al Quran dan Sunnah, insya Allah kita akan selamat . Nabi sayangkan kita.. Nabi doakan kita.. tapi kita janganlah lupakan baginda. ikuti ajarannya, dan berselawat selalu dengan hati penuh rindu, penuh kasih pada Rasulullah. Baca sirah Rasulullah. Bacalah tentang kehidupannya dari kecil hingga dewasa, keluarganya, susah payahnya, kemenangannya, perjuangannya, kejayaannya, manhaj yang dibawanya. Orang yang mempunyai hati akan mengalirkan air mata keinsafan mengenang pengorbanan Nabi.

2 comments:

NoAiNi MaMat said...

Semoga kita semua dapat merasai Syurga Firdaus..amin

Rujhan. said...

Amin.. begitulah harapan kita. moga dapat berkumpul bersama Nabi dan orang yg baik-baik di Syurga Firdaus. Nasihat Nabi, elok kita banyakkan sujud ( solat sunat). Thanks NoAiNi.