Thursday, February 16, 2012

Tuntutlah yang tinggi

Kita ada kemahuan
ada cita-cita
ada harapan..
ada yang diimpikan
pendek kata kita menuntut sesuatu
dari kehidupan kita..
maka tuntutlah yang tinggi
tuntutlah yang terbaik
bagi saya..
saya mahu jadi orang alim
ahli ibadah
pejuang agama
dan pendakwah Islam
yang Allah redha..
mahu jadi pendidik yang cemerlang..
mahu jadi ketua keluarga yang cemerlang..
mahu hidup sihat bahagia berjaya
anak yang baik buat ibu ayah saya
marilah sahabat-sahabat ku sekelian..
kita tuntut yg tinggi dalam hidup kita
insya Allah kita dapat yang tinggi.
selalu kita dengar
orang yang rosak akhlaknya
selalunya mempunyai keinginan yang rendah
janganlah jadi begitu..
yakin pada Kuasa Allah
Dia berkuasa atas tiap sesuatu.

No comments: