Monday, February 20, 2012

Hilangkan kebimbangan dan dapatkan tenaga baru.

Have faith that what is meant to happen will happen and that it will be for the best.
Saya petik kata-kata di atas daripada www.learnmindpower.com oleh John Kehoe....
Saya sangat setuju dgn beliau. Yakinlah segala yang ditakdirkan akan terjadi tetap akan terjadi, dan insya Allah jadi baik untuk kita. Ada baiknya kita hilangkan kebimbangan terhadap kemungkinan-kemungkinan yang terjadi. Janganlah dirisau sangat tentang masa depan.. tentang esok hari.. tentang itu ini. jangan takut tentang kita akan hadapi macam-macam hal.. tak ada guna nak terlalu cemas, takut, bimbang, susah hati... itu hanya bertambah melemahkan kita. hadapi semuanya dengan yakin berani, tabah, cekal, gigih, sabar.
Mungkin ada baiknya kita ambil langkah-langkah berikut. Sebagai orang beriman, kita:
1. Yakin Allah Maha Berkuasa, Dia Tuhan yang boleh lakukan apa sahaja untuk membantu kita... Jangan tak percaya!! Mesti percaya.. Dia boleh lepaskan kita dari seribu satu macam masalah.. Dia Maha Mengasihani, Dia tahu masalah kita, Dia suka menolong orang-orang beriman. Iman kita kena betul, akidah kena betul.
2. Kedua... renung sejenak apa masalah kita. Di mana silapnya selama ini. Cari sebab musabab, punca masalah, punca kita bimbang. Apa halnya semua ini. Cari punca, cari penyebab.
3. Ambil wudhuk, solat dan berdoa.. Solat taubat, solat hajat.. Doa sungguh-sungguh. Mintak tolong dengan Allah. Mintak belas kasihan Allah.
4. Usah buang masa, ambil tindakan-tindakan pembetulan. Gunakan segala sumber yang ada. permudahkan urusan. Buat pengurusan masa dan pengurusan kerja yang betul. Ambil perhatian tugas penting dan utama. Hentikan segala pembaziran, pembaziran masa dan sumber. optimumkan kerja. Hasilkan yang banyak dari usaha kita. Mesti jaga hati client, majikan, dan rakan sejawat. Lihat selalu due date. Buat planning. buat refleksi. Buat co operation dengan pihak pihak yang berkaitan. Selalu motivasikan murid. Selalu tingkatkan maruah diri dengan usaha dan kerja yang baik. Atasi masalah kesihatan segera. Fikir positif.
5. Sambil berusaha jangan lupa Allah... Jangan lupa pada Nya. Allah yang tolong kita, Allah yang Maha Baik, banyak sangat nikmat Nya. Hendaklah kita bersyukur, Dia janji Dia akan tambah nikmat Nya..ingat kita hidup bukan untuk kejayaan dunia kesenangan dunia saja.. bukan.. bukan.. Kita ada hidup yang kekal di akhirat. ingat tu. Usahalah untuk dunia dan akhirat.

No comments: