Wednesday, February 22, 2012

Solat dan faedahnya

Antara ganjaran solat ialah pengampunan dosa. (tetapi berhentilah dari melakukan dosa walaupun kecil atau makruh yang berulang-ulang dan berpanjangan / berterusan) (Yang makruh jika sentiasa dibuat akan menjadi haram).
Hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga solat Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat itu, selama dijauhi dosa besar." (Riwayat Muslim).
Kita hendaklah bersyukur mudah-mudahan selalu mendapat hidayah untuk mengerjakan ibadah solat dan lainnya dengan ikhlas dan khusyuk, seterusnya diampuni dosa kita. Kita hendaklah ingat Allah di waktu kita senang dan susah.. sepanjang masa. Sepatutnya lagi banyak nikmat kita dapat, lagi banyak kita bersyukur dan bertaubat. Nabi s.a.w. sendiri beristighfar 70 kali sehari. Kita pulak?? Patutnya berganda-ganda lebih lagi. Kesibukan urusan dunia bukan alasan dan bukan penghalang. Serulah nama Allah, bertasbih, mohon hidayah kpd Tuhan yang mempunyai nama Al Hadi (yang Memberi Petunjuk). Hidayah itu untuk orang yang terpilih, orang pilihan itu selalunya kuat mujahadah, perjuangannya.. tidak tertipu dengan kesenangan duniawi. Tidak leka dengan yang sia-sia.

1 comment:

Aryadi Raam Hutabarat Arh said...

aku minta izin cofy diblog aku