Sunday, December 6, 2009

Kedamaian dan kesenangan hati

Jadikan solat kita sumber kedamaian
sumber kesenangan hati
masa sejuknya jiwa
masa insaf mohon ampunan Allah
sumber kebahagiaan
fikiran yang tenteram
tanamkan niat
apabila mula solat di atas sejadah (tikar sembahyang) yang bersih itu
"aku sedang berhubungan dengan Allah yang Maha Pengasih,
Dia Maha mengetahui, Maha Melihat, Maha Mendengar,
Dia mendengar bisikan hatiku, aku berasa tenteram dengan Nya.
Aku berasa damai mengadap Allah, rukuk dan sujud pada Nya.
Saat yang selalu di tunggu-tunggu kini tiba lagi.
Dapat aku bertemu Yang Memelihara ku dan Menyayangiku,
takkan ku lepas peluang bermunajat pada Ilahi."
Fikiran kita pun memikirkan maksud bacaan solat kita,
ingat amalan kita akan diangkat ke langit dalam keadaan elok dan baik jika solat kita khusyuk dan ikhlas,
jika tidak,
akan dicampakkan balik ke muka kita seperti kain buruk.
seharusnya....
ZON SOLAT ITU ZON KEDAMAIAN, ZON KETENANGAN, ZON KESEJUKAN HATI,
jika kita merasakan semua itu
mudah-mudahan kita telah mendapat kemanisan iman,
mudah-mudahan kita telah mula melalui jalan hidayah,
sucikanlah jiwa dengan amalan
yang mendekatkan
kita pada Nya
kita rela dan redha
apa yang ditakdirkan Nya.

2 comments:

Wahana cikgu azam said...

Salam cikgu

Indahnya bahasa cikgu, penuh informasi jalan ke akhirat. Insya Allah cikgu, teruskan dakwah menyedar diri yang kerdil ini seterusnya mereka yang mengunjungi weblog cikgu.

Cikgu Rujhan said...

Terima kasih sudi mengunjungi blog saya. kita sama tujuan, mencari bekalan untuk ke akhirat. Jalan mencapai bahagia abadi boleh dicari, bagi yang ikhlas boleh menemui, tidak jauh, tapi perlu pengorbanan, insyaAllah akan damai di hati.