Friday, June 13, 2008

SOLAT SECARA SEMPUNA - Siri 3

Catatan ringkas tentang khusyuk dalam solat.
1. Hendaklah kita menyedari yang sedang kita sembah itu ialah Allah, Tuhan Maha Agung. Dia Maha Kuat, Maha Perkasa. Maka kita mohon padaNya pertolonganNya atas segala keperluan kita. Maka mengapakah perlu kita ingatkan yang lain-lain dalam solat kita? Mengapa fikiran melayang kepada seribu satu masalah dunia? Serah saja pada Allah. Minta tolong padaNya. Jangan dirisaukan hal yang remeh temeh. Allah boleh memudahkan kita, pasti boleh. Mohonlah bersungguh-sungguh.
2. Kita solat kerana kita mengagungkan Allah. Kita membesarkan Allah. Kita tak mahu membesarkan hal dunia. Kita kasihkan Allah. Kita rindukan Allah. Kita takutkan kemurkaan Allah. Sebab itu kita solat. Maka tumpukanlah sepenuh perhatian. Siapa tahu itulah solat kita yang terakhir. Kita pun tak tahu bila saat kematian kita. Buatlah bersungguh-sungguh.
3. Penyembahan kita adalah tanda tulus kasih kita pada Allah. Pasti Allah menyukai jika dibuat penuh ikhlas. Pasti ada balasan kasih sayang dari Nya, termasuk yang berupa kebahagiaan hidup walau dalam serba kesederhanaan. Allah memimpin kita, memberi hidayah, menunjuki ke jalan yang terang dan lurus, asal saja kita berusaha mendekatiNya. Bukankah hadis Qudsi ada menyebut, jika kita datang kepada Allah berjalan, Dia datang dengan berlari, jika kita datang sejengkal, Dia datang sehasta. Percayalah, yakinilah. Solatlah dengan khusyuk penuh pengertian.

No comments: