Monday, June 9, 2008

SOLAT SECARA SEMPURNA - Siri 1

1. Beberapa tahun yang lepas daku merancang mengembang idea menggerak diri sendiri dan masyarakat islam ke arah solat secara sempurna.
2. Yang mendesak ialah diriku sendiri, iaitu daku merasakan solatku selalu tidak sempurna, selalu tidak khusyuk, kurang berkualiti pada beberapa ketika dan masa.
3. ada masanya daku merasa kemanisan beribadah dan keasyikan menyembah Tuhanku yang juga kekasihku. Tetapi ada kalanya solatku terasa kosong dan sepi. Maka ku mulai perjalanan ini untuk berada istiqamah dalam kemanisan beribadah. Maka ini satu perjuangan, satu perjalanan dan satu pengabdian dan indah.
4. Daku menceritakan hasratku ini kepada beberapa orang dan ada yang bersetuju.. antaranya Saudara Misri Thariano, seorang teman yang akrab.
5. Daku declare usaha ini sebagai AKTIVIS 3S. Beberapa kitab menjadi rujukan, tetapi antara yang utama ialah terjemahan Asrar as-Shalah (Rahsia Solat) iaitu sebahagian dari Ihya Ulumiddin hasil karya Hujjatul Islam al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali As Syafi'i Al Asy'ari (Imam Al Ghazali).
6. Sebagai permulaan penulisan tajuk ini, dlm blog ini, daku peringatkan diri supaya buat yang terbaik dlm solat. Yang utama diutamakan:
- solat berjemaah di masjid, jika boleh buatlah amalan Sunnah Rasulullah ini seberapa yang
mampu. Tidakkah anda suka ke rumah kekasih anda.
- khusyuk dalam solat. Fahami apa yang dibaca. Ingat kita menyembah Allah, kita sedang
berkomunikasi dengan Tuhan. Insafi diri, kita mengharap keampunan yang Maha
Pengasih.
- Buat semua perkara sunat dalam solat.
- Iringan solat solat nafil amat penting. Cuba lakukan terutama yang diberatkan.
7. Kita perlukan pertolongan dan rahmat Allah, kita kasihkan Allah. Kita rindukan Allah. Kita suka berjumpa Allah. Kita suka sujud merendahkan diri kepada Allah. Jadikan solat sumber mendapatkan cinta kasih Allah

No comments: