Thursday, February 16, 2012

Tuntutlah yang tinggi

Kita ada kemahuan
ada cita-cita
ada harapan..
ada yang diimpikan
pendek kata kita menuntut sesuatu
dari kehidupan kita..
maka tuntutlah yang tinggi
tuntutlah yang terbaik
bagi saya..
saya mahu jadi orang alim
ahli ibadah
pejuang agama
dan pendakwah Islam
yang Allah redha..
mahu jadi pendidik yang cemerlang..
mahu jadi ketua keluarga yang cemerlang..
mahu hidup sihat bahagia berjaya
anak yang baik buat ibu ayah saya
marilah sahabat-sahabat ku sekelian..
kita tuntut yg tinggi dalam hidup kita
insya Allah kita dapat yang tinggi.
selalu kita dengar
orang yang rosak akhlaknya
selalunya mempunyai keinginan yang rendah
janganlah jadi begitu..
yakin pada Kuasa Allah
Dia berkuasa atas tiap sesuatu.

Monday, February 6, 2012

Kitab-kitab itu

Pada usia muda...
14, 15, 16...
17...
apa yang kau baca,
masih ingat lagi?
kitab fatwa Mufti Kerajaan Johor..
Datuk Syed Alwi
ingat tak lagi???
ingat tak??
ingat tak kitab-kitab tasauf
kisah-kisah wali Allah, Tazkiratul Auliya'
Mazhab Orang Saufi,
ingat tak majalah warta Jabatan Agama Johor..
kepunyaan Abah
menjadi bacaan paling kau suka
ingat tak
semoga anak muda itu
hidup dewasanya
dirahmati Allah

Friday, February 3, 2012

Kira Ok lah ni..

You fikir you rugi..
mungkin tidak..
mungkin you untung sebenarnya..
if you are a woman.. if you are married..
and you think you do not really love your husband..
you rasa you rugi??? tak semestinya..
kalau you tak sayang dia sangat.. tapi dia sayang you.. itu sudah cukup baik..
Suami sayang isteri lebih penting dari isteri sayang suami..
itu untuk kekal dan bahagia rumahtangga..
tapi kalau kedua-duanya amat sayang menyayangi.. itulah yang terbaik
itulah syurga dunia, akan bawa ke syurga akhirat..
Perkahwinan yang baik ialah perkahwinan kerana Allah
itu satu yang mutlak
akan diselamatkan Allah jika terjumpa masalah,
mudah-mudahan..

Wednesday, February 1, 2012

Syaitan musuh kita

syaitan musuh kita.
jangan kita tertipu dengan syaitan.
syaitan memang pandai dalam menyesatkan manusia..
jangan biar dia merosakkan akidah kita, iman kita, hati kita, amal kita.
syaitan durjana itu memang tahu kelemahan kita. memang tahu cara merosakkan kita...
bukan baru dia buat kerja itu..
dia memang pandai. kita pulak memang ada sifat pelupa, mudah lupa.
kita lupa sesuatu itu adalah jalan syaitan, alat syaitan, agen syaitan.
jadi... mohon pada Allah selalu minta selamat dari gangguan syaitan,
Baca dan fahami surah An- Nas...
Kalau kehidupan kita kacau bilau, itu pun mungkin angkara syaitan..
kalau hilang khusyuk solat, itu pun mungkin angkara syaitan..
kalau suka buat maksiat, mungkin syaitan ambil kesempatan kelemahan kita, kita selalu lupa susah kemudian hari kalau ikut syaitan..
akibat yang diterima sangat berat.. syaitan akan ketawa berdekah dekah tengok kita..
oleh itu..
ingat selalu
adanya hasutan syaitan ini..
kita nak cemerlang dunia cemerlang akhirat
kita nak hidup gembira dunia akhirat
kita nak sejahtera mudah mudahan di lorongkan ke arah jaya dunia jaya akhirat.. bila rasa berat melakukan amal-amal yang baik (termasuk urusan mencari ilmu atau mencari nafkah).. ingat, kita ada tugas dalam dunia ini.. kita adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Kewujudan kita bukan kebetulan, tetapi ada tujuan.
semoga beroleh al falah.

Thursday, January 26, 2012

Tak susah

Senang saja kalau kita rasa kita bersama Allah. Jangan peduli fikiran-fikiran yang negatif. Ah.. kalau kita dilindungi Allah, tiada yang dapat menghinakan. Itu yang kita baca sentiasa dalam solat subuh. kalau Allah menghinakan seseorang manusia, tiada yg dapat menyelamatkan.. Ayuh.. kita sembah Allah, kita puji Allah, kita taatkan Allah, kita doa mohon apa apa saja yang baik dari Allah.. kita mohon ampun banyak banyak dari Allah. kita berbakti untuk Allah. kita hidup dan mati untuk Allah. insya Allah akan kita rasakan kasih sayang, cinta rindu dari Allah.

Allah bersama kita.

Banyak sekali yang berlaku
sepanjang sejak kali terakhir daku menulis di blog ini
hingga kini..
semua itu tertulis dalam lipatan sejarah...
ya
aku akan menulis semula dalam blog ini
dengan satu tekad
memancarkan kembali
cahaya rohani
daku percaya pada satu perkara
selagi niat betul
pada jalan yang betul
berbuat yang betul
maka
Allah bersama kita
mudah mudahan berjaya
berbahagia

Friday, December 30, 2011

Tahun Baru 2012

Selamat memasuki tahun baru 2012. Memanglah dalam urusan kita, selalu dipengaruhi perbezaan tahun masihi ini, terutamanya orang yang bertugas di sekolah , macam saya ni. Tahun baru bermakna tugas yang baru, client yang baru (sebahagiannya), mungkin dapat rakan-rakan baru dan yang pasti insya Allah pakaian pun baru. Apa yang ingin dibuat ialah bukan saja yang tersebut itu saja baru, tapi yg penting semangat baru. Biarkan berlalu yang telah berlalu. Yang baik dijadikan amalan berterusan dengan ditambah baik lagi. Yang kurang baik di nilai-nilai sendiri di mana kesilapan dan kekurangan, supaya diubah menjadi lebih baik, mendatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.. memberi faedah kepada diri sendiri dan insan lain.. kepada agama dan bangsa. Yang jelas tidak baik, buang jauh-jauh jangan peduli kalau ada keinginan mendekati lagi. Tanamkan kebencian yang sekuat-kuatnya kepada perkara yang merosakkan keharmonian hidup... kalau ada pihak luar yang menyusahkan hidup kita, jangan layan lagi pengaruh seperti itu.. perangi habis-habisan.. kita ada hak untuk hidup aman damai. jangan bagi muka dengan syaitan dan kuncu-kuncunya yang bertopengkan manusia. Kita mesti tegas. Saya mahu tunaikan amanah Allah. Itu lah dia.. bukan nak elak tugas menangani masalah murid. Tidak sekali-kali.. saya tetap mahu memberi perhatian sepenuhnya mendidik murid-murid tak kira prestasi akademiknya atau sahsiahnya.. saya mahu bantu semua pihak, insya Allah. Yang saya tak mahu ialah membiarkan virus-virus penyakit moral, sikap kurang ajar, menggunakan orang, mengambil kesempatan kelemahan orang lain, tak mahu saya biarkan perkara seperti itu .. saya pasti perangi habis-habisan. Saya harap rakan-rakan serta anak-anak murid saya akan lebih berjaya pada tahun 2012 ini. Kepada ahli keluarga saya, merekalah kebahagiaan saya, syurga saya.. Saya mahu buat yang terbaik untuk mereka.