Monday, November 24, 2008

Bertaubat punca Rezeki

Firman Allah s.w.t. ertinya "Sesungguhnya Aku Maha Mengampunkan orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian mengikut petunjuk." ( Surah Taha: 82)
Firman Allah s.w.t. lagi, ertinya " Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah s.w.t. dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu menghapuskan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai, pada hari yang Allah s.w.t tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan , Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. " (Surah Al-Tahrim : 8)

Syarat Taubat Nasuha :
1. Mengembalikan hak kepada ahlinya
2. Menyesal kerana telah melakukan dosa.
3. Meninggalkan maksiat sama sekali
4. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa
(Rujukan: Buku "Fadhilat Amal dalam Islam", Syeikh Abdullah Al-Malawiy)

Antara nash yang menunjukkan istighfar dan taubat ialah termasuk kunci rezeki, ialah firman Allah s.w.t. tentang Nabi Nuh yang berkata kepada kaumnya, ertinya: " Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian) Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). ( Surah Nuh : 10 - 12)
Kedua, Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Al Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a. , ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barangsiapa memperbanyakkan istighfar ( memohon ampun kepada Allah), nescaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka."

2 comments:

inilah jalanku.... said...

Banyak2lah kita bertaubat,bukan saja rezeki bertambah tetapi dosa-dosapun turut berguguran akhirnya. Insya Allah.

Unknown said...

betul kata cikgu azam. Yang paling penting minta dosa kita diampunkan. Kalau hidup bergelumang dosa, mati bawa dosa bagaimana kita nak jawab di hadapan Allah. Betapa beratnya balasan atas dosa-soa kita jika tak terampun. Sedang di dunia pun terasa, apa lagi azab kubur dan siksa neraka. Cepat-cepat dan bersungguh-sungguhlah bertaubat. Terima kasih Cikgu Azam.