Thursday, May 7, 2009

Selawat Tawassul

Berselawatlah selalu. Selawat kepada Rasulullah seperti selawat tawassul akan mendapat bantuan Nabi s.a.w. sewaktu kita dalam kesusahan. Jika kita ditimpakan kesusahan yang berat, kita ada tempat mengadu , tentunya kepada Allah dan Rasulullah.
Maksud selawat ini (selawat tawassul): "Rahmat dan keselamatan semoga tetap atas engkau wahai penghuluku ya Rasulullah, peganglah tanganku, habis daya upayaku, semoga engkau segera ingin membantuku."
Sebaik-baiknya baca 313 kali (atau lebih) setiap hari. Sekurang-kurangnya 10 kali pagi dan petang. Sabda Nabi s.a.w. "siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan petang, maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. "
Dalam buku "Bimbingan Berselawat" Mohd. Mus'ab al-Fatan menyatakan antara waktu yg utama untuk berselawat ialah ketika hendak masuk ke masjid dan ketika keluar dari masjid, sewaktu ditimpa kesusahan dan sewaktu bertemu saudara Islam yang lain .
Rasulullah bersabda, maksudnya " Tiadalah dua orang yang saling kasih mengasihi kerana Allah , yang berjumpa salah seorang dengan yang lainnya lalu berjabat tangan dan berselawat untuk Nabi s.a.w. melainkan Allah mengampuni dosa mereka sebelum mereka berpisah, baik yang telah lalu mahupun yang akan datang."

1 comment:

Wahana cikgu azam said...

Salam
Syok membaca ilmu-ilmu kerohanian nie cikgu, teringat kita mati itu semakin menghampiri. Teruskan posting2 sebegini. banyak ilmu cikgu tentang agama. Wassalam