Tuesday, May 6, 2008

Berdoa sesudah solat atau semasa solat?

Ibnu Taimiah menulis antara lain:
adapun berdoa sesudah bertaslim dari solat sendiri atau bersama-sama dengan para makmum belum pernah dilakukan oleh Rasulullah atau oleh para sahabatnya, dan belum pernah juga beliau menyuruh atau menganjurkan umatnya akan melakukannya. Beliau memanjatkan doa solat dan menganjurkannya pada umatnya agar dikerjakannya dalam solat bukan di luar solat. Ini memang yang logik dan wajar dengan keadaan seorang musolli dalam solatnya, lantaran dia sedang berdialog dengan Tuhannya selama dia dalam solat. Apabila dia telah selesai solat, putuslah munajatnya itu dan tidak lagi berdialog. maka yang wajar sesudah salam ialah tasbih, takbir, tahmid, tahlil dan sebagainya dari kalimat pujaan dan pujian.
(petikan dari karangan Imam Ahmad Ibnu Hambal- terjemahan melayunya "Betulkan Solat Anda": penterjemah Umar Hubeis, Bey Ariffin, 1994; Thinkers Library)
Maka pada pendapatku, kita banyak mensia-siakan kesempatan berdialog dengan Allah semasa solat. Kita sering tidak khusyuk semasa solat, tidak bersungguh-sungguh bermunajat pada Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Dermawan. Marilah kita jadikan solat peluang untuk mengadu dan memohon ampun, serta mohon kurnia Allah. Apa-apa yang baik baik, pasti Allah mendengar dan mengetahui bisikan hati kecil kita. Tak perlu tunggu selepas solat baru nak mengadu. Mulai lah. Moga berbahagia .

No comments: