Saturday, April 12, 2008

AKHLAK KEPADA ALLAH

Imam Jaafar As Sayuthi menyebut dalam kitabnya adab dan akhlak orang mukalaf ialah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Tunduk dan patuh kepada kebesaran Allah, menyerah diri kepadaNya. mengikut perintah dan peraturanNya. Setelah mengamalkan Islam, handaklah memperjuangkan Islam hingga ke seluruh pelusuk dunia. Menjauhi segala yang haram dan makruh kerana yang haram dimurkai Allah, manakala yang makruh sangat dibenci dan menjauhkan diri daripada rahmatNya. Perbaiki akhlak zahir dan batin. sentiasa merasa insaf, merasa hanya kepada Allah tempat bergantung dan menyerah diri. selalu bertafakur mengingati kebesaran Allah, merenung kejadian makhluk Allah, takdir dan qadha Allah yang berlaku dari semasa ke semasa. Selalu menyebut nama Allah, hati mengingat walau di mana berada. Mengawal anggota badan dari melakukan dosa, kecil atau besar. Hati sentiasa tenang tidak gelisah menghadapi kehidupan dunia, tetapi bimbang kehidupan akhirat, berdoa agar diredhai. Kurangkan nafsu Ammarah, berusaha ke arah nafsu Mutmainnah. Ikhlas dalam amalan. Utamakan kebenaran dalam niat, percakapan dan perbuatan. Tidak putus asa dalam menerima ujian Allah. Tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Redha ketentuan takdir dan qadha Allah. Sentiasa bertaubat setiap kali merasa diri berdosa. Sentiasa menyempurnakan wuduk dan menanti waktu solat.

No comments: