Sembunyikanlah kemasyhuranmu, kerana ia akan membawa kepada kebaikan (keikhlasan). Sebaliknya, keikhlasan yang wujud bersama-sama kemasyhuran berkemungkinan tidak sempurna.
Jangan pedulikan perkara dunia yang fana, apa yang dibuat oleh manusia di muka bumi bukan kerana Allah SWT tidak akan mendatangkan apa apa hasil dan faedahnya.
Insya Allah akan ku ingat perkara ini. Kita mahu kemanisan akhirat, kemanisan iman, bukan mahu dikenali ramai manusia. Kalau ada bibit-bibit riak dalam diri kita, jiwa kita, hapuskan sepenuhnya, perangi habis-habisan.
Aku beribadah hanya untuk Mu, akan ku serah hatiku hanya pada Mu, hanya untuk mahukan cinta Mu ya Rabbi.
No comments:
Post a Comment