Al-Waqi'ah merupakan surah ke 56 dalam Al Quran dan berisi 96 ayat. Dalam Al-Quran banyak Surah mempunyai fadhilat yang besar, contohnya al Fatihah, yang disebut juga Suratul Munajat, sandaran orang mohon sesuatu dari Allah. Jika kita ada hajat tertentu atau ingin bermunajat , yangmana kita ingin mohon pertolongan Allah, boleh baca Fatihah 40 kali atau 100 kali atau 1000 kali atau sesuka hati banyak mana yang anda ingin baca. Tentang surah al Waqi'ah ini pun banyak kelebihannya. Antara lain ia terkandung dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang selalu kita jumpa, " Sesiapa menjadikan surah al-Waqi'ah sebagai wirid setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin."
Antara khasiat dan kelebihan surah Al Waqi'ah sepertimana disebut dalam buku "Rahsia dan Fadhilat Ayat 1000 Dinar dan Surah Al Waqi'ah serta Doa-doa Murah Rezeki " ialah:
1. Meringankan siksa kubur
2. Mengurangi atau meyembuhkasn orang yang sedang sakit.
3. Selamat bersalin
4. Membuka pintu rezeki yang halal.
- Untuk buka rezeki bacalah Surah Al-Waqiah setiap hari berturut-turut 40 hari / malam, jangan putus, kemudian selepas 40 hari boleh lah jadikan wirid tiap-tiap malam. Kalau sesekali tak sempat baca, gantikanlah dengan solat taubat dan solat hajat. Sebaik-baiknya ( pada pendapat saya yang dhaif ini) fahamkan makna apa yang dibaca, iaitu baca terjemahan , dan selepas itu cuba hafaz surah ini sedikit demi sedikit. InsyaAllah jika ada usaha yang ikhlas , Allah akan tenangkan fikiran kita , dapat kita hafaz surah ini. Yang terbaik ialah baca terjemahan, faham makna dan baca Tafsir (contohnya Tafsir Fi Zhilalil Quran).
Selepas baca surah Al Waqi'ah, baca doanya. Carilah dalam kitab-kitab berkaitan amalan dalam Islam. Terjemahan doa itu dalam Melayunya ialah seperti berikut:
" Ya Allah, turunkanlah hidangan bagi kami dari langit sebagai keraian, iaitu bagi orang-orang yang bersama kami, dan yang hidup selepas kami, serta menjadi bukti atas kekuasaan-Mu, berilah rezeki untuk kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki. Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia ; jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia, dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia ; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami, dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikan-Mu, dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Mengasihi di antara yang pengasih."
Kemudian jangan lupa banyakkan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.
4 comments:
Assalamualaikum,
boleh saya share info ni?
thank you!
Waalaikumussalam... Deeda.. maaf terlewat balas. boleh saja share. terima kasih kita bertukar fikiran, pada niat yang baik moga dipimpin Allah jua.
salam..mohon shareee..
Waalaikumussalam Mohamad Azwan (mana milik kita)... silakan share dengan apa apa pembetulan yang tuan fikirkan perlu. terima kasih semoga kita diberi kelapangan masa dan kesihatan untuk beramal amalan soleh.
Post a Comment