Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang yang makan dengan bersyukur, sama kedudukannya dengan orang yang berpuasa dengan bersabar."
Tidakkah ini suatu perkara besar, bahawa syukur itu tinggi kedudukannya. Bukan senang nak bersyukur. Kadangkala bila kita tiada apa-apa, kita kesusahan, kita kekurangan itu ini, kita boleh bersabar, tapi bila dapat rezeki kita lupa pula pada Allah, Tuhan yang memberi.
Cubalah kita banyakkan bersyukur, banyakkan memuji Allah terhadap apa jua yang diterima, baik senang atau susah. Kalau ada rezeki duit lebih contohnya, ingatlah ada hak mereka di bawah tanggungan kita. contohnya ibu ayah, dan baik sedekahkan sikit pada fakir miskin, atau belanjakan sebahagian untuk agama, contohnya beli kitab agama, kitab hadis dan lain-lain. Sekarang ada Al Quran digital, CD, dll. Belilah. Ada rezeki belanjakan untuk anak-anak dan isteri, jangan bimbang Allah tetap melihat apa yang kita belanjakan. Jika baik niat kita dan betul cara hidup kita, insyaAllah kita selamat.
Bila makan bersyukur, dapat bangun dari tidur hidup sihat bersyukur, kalau tak kaya pun kita bahagia dengan keluarga pun syukur. InsyaAllah hidup kita bertambah sejahtera. Anak-anak baik-baik perangainya, mengikut kata, isteri pun membahagiakan kita.
Yang macam mana dikatakan bersyukur? Ingatlah yang memberi selalu dan buat baik padaNya. Kalau diberi sihat, gunakan kesihatan untuk buat amal kebaikan. Kalau dapat makan, gunakan tenaga kita untuk beribadah dan bekerja mencari nafkah keluarga. Kalau ada masa lapang, gunakan dengan berfaedah. Kalau pendapatan wang ringgit bertambah, berkorbanlah untuk jalan Allah. Ada anak didiklah anak. Belum ada pasangan? Belum kahwin walau dah berusia? Doalah dan redha selalu. Syukur... Kunci kebahagiaan ialah redha dan syukur pada Allah. Nanti Allah tambahkan nikmat pada kita. Tiang agama solat. Orang yang menjaga solatnya tandanya orang yang bersyukur. Ada duit jangan membazir. Jangan boros. Membazir sahabat syaitan, syaitan itu sangat kufur pada Tuhannya. Jangan pula bakhil dan kedekut. Siapa yang menolong agama Allah pasti Allah menolongnya pula. Praktikkan syukur selalu.
No comments:
Post a Comment