Saat indah , kenangan menjelma lagi
jelas terbayang di fikiran ini
malam bulan purnama,
di tengah malam,
tempatnya mungkinkah di tepi padang yang indah
di bawah barisan pohon-pohon
di daerah Kluang di Insitiut Haiwan ?
atau entah di mana?
di syurga?
Engkau lebih tahu suasana nostalgia itu
Daku bersamaMu Tuhan
Di pohon cemara ku ukirkan namaku dan namaMu...
betapa indah malam itu
daun-daun berguguran jatuh lembut ke rambutku,
meraikan suasana indah..
sesungguhnya cintaMu terlalu tinggi nilaiNya
cinta terhadapMu dan cinta dariMu untukku dan untuk sesiapa yang Dikau cintai
bukan mudah mendapatinya, namun sekali engkau anugerahkan untuk hamba hambaMu
tak mungkin yang menerima melupainya,
kerana hati telah Kau ikat
jiwa telah disirami
dengan cinta tak terbanding
cinta hakiki
kesannya terukir pada pohon cemara di SyurgaMu...
Disaksi rang bulan
selamanya
No comments:
Post a Comment