Segala pahit manis dalam hidup ini... yang telah menjadi sejarah .. dan yang akan tercatat dalam lipatan sejarah.. adalah milik insan itu. jadi pengajaran dan pedoman, dalam mendapatkan kasih dan redha Ilahi.
Friday, December 30, 2011
Tahun Baru 2012
Selamat memasuki tahun baru 2012. Memanglah dalam urusan kita, selalu dipengaruhi perbezaan tahun masihi ini, terutamanya orang yang bertugas di sekolah , macam saya ni. Tahun baru bermakna tugas yang baru, client yang baru (sebahagiannya), mungkin dapat rakan-rakan baru dan yang pasti insya Allah pakaian pun baru. Apa yang ingin dibuat ialah bukan saja yang tersebut itu saja baru, tapi yg penting semangat baru. Biarkan berlalu yang telah berlalu. Yang baik dijadikan amalan berterusan dengan ditambah baik lagi. Yang kurang baik di nilai-nilai sendiri di mana kesilapan dan kekurangan, supaya diubah menjadi lebih baik, mendatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.. memberi faedah kepada diri sendiri dan insan lain.. kepada agama dan bangsa. Yang jelas tidak baik, buang jauh-jauh jangan peduli kalau ada keinginan mendekati lagi. Tanamkan kebencian yang sekuat-kuatnya kepada perkara yang merosakkan keharmonian hidup... kalau ada pihak luar yang menyusahkan hidup kita, jangan layan lagi pengaruh seperti itu.. perangi habis-habisan.. kita ada hak untuk hidup aman damai. jangan bagi muka dengan syaitan dan kuncu-kuncunya yang bertopengkan manusia. Kita mesti tegas. Saya mahu tunaikan amanah Allah. Itu lah dia.. bukan nak elak tugas menangani masalah murid. Tidak sekali-kali.. saya tetap mahu memberi perhatian sepenuhnya mendidik murid-murid tak kira prestasi akademiknya atau sahsiahnya.. saya mahu bantu semua pihak, insya Allah. Yang saya tak mahu ialah membiarkan virus-virus penyakit moral, sikap kurang ajar, menggunakan orang, mengambil kesempatan kelemahan orang lain, tak mahu saya biarkan perkara seperti itu .. saya pasti perangi habis-habisan. Saya harap rakan-rakan serta anak-anak murid saya akan lebih berjaya pada tahun 2012 ini. Kepada ahli keluarga saya, merekalah kebahagiaan saya, syurga saya.. Saya mahu buat yang terbaik untuk mereka.
Tuesday, November 22, 2011
Fadhilat Zikir
Anas r.a. memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiadalah seorang hamba yang mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH pada bila-bila masa di malam hari ataupun di siang hari melainkan hapuslah dosa-dosa dari buku amalannya dan digantikannya dengan kebaikan."
[Pengarang kitab Fazaile-Amal (Himpunan kitab-kitab Fadhail), memberi penerangan: penghapusan dosa ini menghendaki keikhlasan. Tetapi menyebut nama Tuhan dan mengucapkan kalimah Taiyibah sebanyak-banyaknya dengan sendirinya mendatangkan keikhlasan kerana salah satu daripada nama-nama bagi kalimah yang suci ini ialah kalimah ikhlas.]
Kepada rakan-rakan pengunjung blog ini, saya syorkan anda selalu membaca doa Kunzul Arash yang mempunyai kalimah Taiyibah di setiap lafaz doanya. ada lebih seratus kalimah. Doa ini dianggap RAJA SEGALA DOA. Sesiapa yang ingin ketenangan dan pertolongan serta ganjaran, bacalah doa ini dan hayati maksudnya. Doa ini ada dalam kitab Surah Yasin yang tebal Majmuk Syarif. Atau belajar doa ini dengan ustaz dan ustazah. Kalau nak minta dengan saya, email saya mdrujhan@yahoo.com.
"Tiadalah seorang hamba yang mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH pada bila-bila masa di malam hari ataupun di siang hari melainkan hapuslah dosa-dosa dari buku amalannya dan digantikannya dengan kebaikan."
[Pengarang kitab Fazaile-Amal (Himpunan kitab-kitab Fadhail), memberi penerangan: penghapusan dosa ini menghendaki keikhlasan. Tetapi menyebut nama Tuhan dan mengucapkan kalimah Taiyibah sebanyak-banyaknya dengan sendirinya mendatangkan keikhlasan kerana salah satu daripada nama-nama bagi kalimah yang suci ini ialah kalimah ikhlas.]
Kepada rakan-rakan pengunjung blog ini, saya syorkan anda selalu membaca doa Kunzul Arash yang mempunyai kalimah Taiyibah di setiap lafaz doanya. ada lebih seratus kalimah. Doa ini dianggap RAJA SEGALA DOA. Sesiapa yang ingin ketenangan dan pertolongan serta ganjaran, bacalah doa ini dan hayati maksudnya. Doa ini ada dalam kitab Surah Yasin yang tebal Majmuk Syarif. Atau belajar doa ini dengan ustaz dan ustazah. Kalau nak minta dengan saya, email saya mdrujhan@yahoo.com.
Sunday, October 30, 2011
Berdoa mohon bercahaya
Hati manusia perlu dibersihkan, perlu disucikan, perlu dimurnikan. Kita mestilah berusaha membersihkan hati daripada pengaruh hawa nafsu dan syaitan dengan sentiasa mengingati Allah dan berlindung pada Nya serta memohon pertolongan Nya.
sedangkan kita yang ada iman harus bersikap merendah diri, jangan sombong, jangan kasar, dan mohonlah hidup yang harmoni, berbahagia beribadah kepada Allah dan berbakti kepada agama tercinta.
Kita hendaknya selalu mohon hidayah, taufik dari Allah... pimpinan, perlindungan, rezeki, keselamatan, kasih sayang, cinta Allah Yang Maha Mengasihani. Allah Maha keras siksaan Nya, Allah Maha Gagah Perkasa, Allah saja yang layak bersifat Kesombongan (salah satu nama Allah ialah Al Mutakabbir ) , siapa manusia yang sombong akan dilaknat Allah, akan dibalas, akan dihina Allah, bukan saja di akhirat malah di dunia ini pun menerima balasan buruk.
Kita mohon cahaya ketenangan, cahaya kehidupan, cahaya kebahagiaan, cahaya keinsafan, cahaya petunjuk, cahaya seri wajah, biar orang-orang yang baik-baik suka dengan kita, orang-orang jahat takut dengan kita.. Berdoalah kepada Allah yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani, supaya kita diberi cahaya Nya. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: " Ya Allah berilah kepadaku cahaya dan tambah bagiku cahaya, dan jadikan dalam hatiku cahaya dan dalam kuburku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya dan pada penglihatanku cahaya, sehingga (Nabi) berkata: pada rambutku, pada kulitku, pada dagingku, pada darahku dan pada tulangku ( jadilah cahaya)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Tuesday, October 25, 2011
sabar - darjat sifat sabar,
Rasulullah menerangkan bahawa solat adalah cahaya. Tiada solat tiada cahaya.
Kemudian, sekiranya seseorang dapat mengeluarkan zakatnya dengan ikhlas, tanda imannya masih kuat.
Sabar itu, kata Rasulullah adalah dhiya', ertinya sinaran yang mnyuluh jalan yang akan ditempuh. Sabar, ertinya tahan menempuh jalan yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar mengerjakan taat kepada Allah, menjauhi segala maksiat yang dilarangNya dan sabar atas segala taqdirNya. Tetapi di antara sifat sabar itu, maka sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama; lebih utama dari sabar atas segala taqdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan...
Hadis Nabi (dari Saidina Ali) , : Sesungguhnya sabar atas satu maksiat dituliskan kerananya kepada seorang hamba sebanyak tiga ratus darjat, dan sesungguhnya sabar di atas satu ketaatan dituliskan kepadanya enam ratus darjat dan sesungguhnya sabar (menahan diri) dari segala maksiat dituliskan kepadanya sebanyak sembilan ratus darjat".
Friday, October 14, 2011
Keberkatan iman
Dengan keberkatan iman, harta yang sedikit sudah mencukupi. Makanan yang sedikit sudah mencukupi. Segala yang diterima dari Allah dirasakan lebih dari mencukupi, malah hamba Allah itu segan dengan Allah kerana kerana Allah tak putus-putus memberi pertolongan, mudah-mudahan tandanya keredhaan juga. Selalu dia minta Allah redha akan pertolongan dan rezeki dari Nya.. mudah-mudahan segala dosa telah diampunkan.
Berkenaan persoalan yang sedikit pun cukup ini, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa ada seorang hamba Allah, biasanya ia banyak makan, kemudian dia masuk Islam, dan setelah itu makannya sedikit. Perkara ini diceritakan kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang maksudnya : Orang mukmin makan dengan satu perut dan orang kafir dengan tujuh perut . (Riwayat Bukhari).
Cuba kita cari kepuasan hidup dengan landasan iman, hingga hidup kita tenang, tidak diburu nafsu, tidak gila harta, tidak lalai dalam dunia hiburan maksiat yang merugikan. kita cari mardhiya di dunia, mardhiya di akhirat. Ingatlah wahai diriku dan wahai saudaraku, amalan di dunia berpunca dari gerak hati.. maka sucikanlah hati kita. Amal di dunia terus di rekod ke alam ghaib, alam barzakh.. dicatat oleh malaikat, dan akan dibicarakan di Hari Pengadilan kelak. Kita berjuang berbakti hanya untuk Allah, kita berdakwah untuk kembangkan Islam, demi penghayatan Islam sebagai cara hidup.
Saturday, October 8, 2011
Syukur selalu pada Mu Ilahi
" Jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dianugerahkan Nya) kepadamu, tidaklah dapat kamu menghitungnya" (Al Quran, Surah Ibrahim: 34).
Kita harus sentiasa mensyukuri nikmat Allah, Kita bersyukur, mudah-mudahan Allah bertambah sayang pada kita, Allah maafkan kita selalu... kalau kita telah buat salah dan kita mohon ampun. Mudah-mudahan ditambah-tambah lagi nikmat pada kita dan ahli keluarga kita. Kita pun hendaklah mohon keredhaan Allah, dia beri kita macam-macam nikmat, kadangkala kita rasa macam tak layak menerima sesuatu rezeki atau pertolongan atau nikmat sebesar itu. tapi itulah Allah... dia Maha Mengetahui, Maha Pemurah, Maha Dermawan. Allah tolong sesiapa yang disayangiNya. Allah mudahkan urusan sesiapa yang disayangi Nya. Dia Maha Kaya dengan Kebaikan.. Dia suka melimpahkan kebaikan.. Kebaikan bukan semestinya kekayaan harta. Kerana harta yang melimpah ruah tak semestinya membawa kebaikan. Pada saya, kebaikan yang paing utama ialah hidup dalam keredhaan Allah, mungkin kehidupan sederhana saja... tak semestinya kaya raya. susah nak kawal hati bila kita kaya raya ni.. kurang kemanisan sifat sabar dan zuhud. Tapi ramai juga orang kaya yang baik. Yang suka menolong orang lain, menolong ummah.. baguslah. itu juga satu aspek jihad yang mulia.
Kita bersyukur... kita bersyukur terutamanya kita beriman, kita dikurniakan nikmat Islam.. kita sejak dilahirkan kita dalam " Agama yang diredhai di sisi Allah, hanyalah Islam" (Al Quran; Surah Aali Imran: 19). Kita mudah mudahan terus gigih mempelajari dan mengembangkan Islam.
Sunday, October 2, 2011
Masa dan Peluang Bermunajat
Apabila kita ambil wuduk, kemudian ke masjid atau ke tikar sembahyang, di mana sahaja yang dibolehkan, kemudian kita mendirikan solat... maka ketika itulah kita berpeluang bermunajat kepada Allah swt. Sebenarnya kita sedang bermunajat kepada Allah, jika kita pelihara solat kita itu, jaga syarat sahnya, rukun rukunnya, yang wajib yang sunat, bacaan dan perbuatan, waktunya, khusyuknya.. itulah munajat kita. itulah masa terbaik untuk bermunajat kepada Allah, dan Allah pasti melihat , mengetahui dan memahami apa yang kita lakukan dan persembahkan.. ambil kesempatan ini. Jangan lalai memuji Allah, mengagungkan Allah, dan berdoa kepada Allah, terutama dalam sujud.
Jangan kita rugi hidup di dunia yang jadi ladang akhirat ini, kerana melalaikan peluang bermunajat kepada Allah. bila ingin mengerjakan solat, ingatlah inilah agenda terpenting kita dalam hidup di dunia ini, maka bermunajatlah puas-puas.. hingga terasa manisnya iman, manisnya ibadah dan betapa damainya hati hidup dengan ilmu yang hak. insya Allah.. saya mengingatkan diri saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)