Segala pahit manis dalam hidup ini... yang telah menjadi sejarah .. dan yang akan tercatat dalam lipatan sejarah.. adalah milik insan itu. jadi pengajaran dan pedoman, dalam mendapatkan kasih dan redha Ilahi.
Sunday, October 30, 2011
Berdoa mohon bercahaya
Hati manusia perlu dibersihkan, perlu disucikan, perlu dimurnikan. Kita mestilah berusaha membersihkan hati daripada pengaruh hawa nafsu dan syaitan dengan sentiasa mengingati Allah dan berlindung pada Nya serta memohon pertolongan Nya.
sedangkan kita yang ada iman harus bersikap merendah diri, jangan sombong, jangan kasar, dan mohonlah hidup yang harmoni, berbahagia beribadah kepada Allah dan berbakti kepada agama tercinta.
Kita hendaknya selalu mohon hidayah, taufik dari Allah... pimpinan, perlindungan, rezeki, keselamatan, kasih sayang, cinta Allah Yang Maha Mengasihani. Allah Maha keras siksaan Nya, Allah Maha Gagah Perkasa, Allah saja yang layak bersifat Kesombongan (salah satu nama Allah ialah Al Mutakabbir ) , siapa manusia yang sombong akan dilaknat Allah, akan dibalas, akan dihina Allah, bukan saja di akhirat malah di dunia ini pun menerima balasan buruk.
Kita mohon cahaya ketenangan, cahaya kehidupan, cahaya kebahagiaan, cahaya keinsafan, cahaya petunjuk, cahaya seri wajah, biar orang-orang yang baik-baik suka dengan kita, orang-orang jahat takut dengan kita.. Berdoalah kepada Allah yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani, supaya kita diberi cahaya Nya. Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: " Ya Allah berilah kepadaku cahaya dan tambah bagiku cahaya, dan jadikan dalam hatiku cahaya dan dalam kuburku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya dan pada penglihatanku cahaya, sehingga (Nabi) berkata: pada rambutku, pada kulitku, pada dagingku, pada darahku dan pada tulangku ( jadilah cahaya)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Tuesday, October 25, 2011
sabar - darjat sifat sabar,
Rasulullah menerangkan bahawa solat adalah cahaya. Tiada solat tiada cahaya.
Kemudian, sekiranya seseorang dapat mengeluarkan zakatnya dengan ikhlas, tanda imannya masih kuat.
Sabar itu, kata Rasulullah adalah dhiya', ertinya sinaran yang mnyuluh jalan yang akan ditempuh. Sabar, ertinya tahan menempuh jalan yang sukar. Sabar yang terpuji adalah sabar mengerjakan taat kepada Allah, menjauhi segala maksiat yang dilarangNya dan sabar atas segala taqdirNya. Tetapi di antara sifat sabar itu, maka sabar kerana mengerjakan taat dan meninggalkan maksiat adalah sabar yang lebih utama; lebih utama dari sabar atas segala taqdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan...
Hadis Nabi (dari Saidina Ali) , : Sesungguhnya sabar atas satu maksiat dituliskan kerananya kepada seorang hamba sebanyak tiga ratus darjat, dan sesungguhnya sabar di atas satu ketaatan dituliskan kepadanya enam ratus darjat dan sesungguhnya sabar (menahan diri) dari segala maksiat dituliskan kepadanya sebanyak sembilan ratus darjat".
Friday, October 14, 2011
Keberkatan iman
Dengan keberkatan iman, harta yang sedikit sudah mencukupi. Makanan yang sedikit sudah mencukupi. Segala yang diterima dari Allah dirasakan lebih dari mencukupi, malah hamba Allah itu segan dengan Allah kerana kerana Allah tak putus-putus memberi pertolongan, mudah-mudahan tandanya keredhaan juga. Selalu dia minta Allah redha akan pertolongan dan rezeki dari Nya.. mudah-mudahan segala dosa telah diampunkan.
Berkenaan persoalan yang sedikit pun cukup ini, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa ada seorang hamba Allah, biasanya ia banyak makan, kemudian dia masuk Islam, dan setelah itu makannya sedikit. Perkara ini diceritakan kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang maksudnya : Orang mukmin makan dengan satu perut dan orang kafir dengan tujuh perut . (Riwayat Bukhari).
Cuba kita cari kepuasan hidup dengan landasan iman, hingga hidup kita tenang, tidak diburu nafsu, tidak gila harta, tidak lalai dalam dunia hiburan maksiat yang merugikan. kita cari mardhiya di dunia, mardhiya di akhirat. Ingatlah wahai diriku dan wahai saudaraku, amalan di dunia berpunca dari gerak hati.. maka sucikanlah hati kita. Amal di dunia terus di rekod ke alam ghaib, alam barzakh.. dicatat oleh malaikat, dan akan dibicarakan di Hari Pengadilan kelak. Kita berjuang berbakti hanya untuk Allah, kita berdakwah untuk kembangkan Islam, demi penghayatan Islam sebagai cara hidup.
Saturday, October 8, 2011
Syukur selalu pada Mu Ilahi
" Jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dianugerahkan Nya) kepadamu, tidaklah dapat kamu menghitungnya" (Al Quran, Surah Ibrahim: 34).
Kita harus sentiasa mensyukuri nikmat Allah, Kita bersyukur, mudah-mudahan Allah bertambah sayang pada kita, Allah maafkan kita selalu... kalau kita telah buat salah dan kita mohon ampun. Mudah-mudahan ditambah-tambah lagi nikmat pada kita dan ahli keluarga kita. Kita pun hendaklah mohon keredhaan Allah, dia beri kita macam-macam nikmat, kadangkala kita rasa macam tak layak menerima sesuatu rezeki atau pertolongan atau nikmat sebesar itu. tapi itulah Allah... dia Maha Mengetahui, Maha Pemurah, Maha Dermawan. Allah tolong sesiapa yang disayangiNya. Allah mudahkan urusan sesiapa yang disayangi Nya. Dia Maha Kaya dengan Kebaikan.. Dia suka melimpahkan kebaikan.. Kebaikan bukan semestinya kekayaan harta. Kerana harta yang melimpah ruah tak semestinya membawa kebaikan. Pada saya, kebaikan yang paing utama ialah hidup dalam keredhaan Allah, mungkin kehidupan sederhana saja... tak semestinya kaya raya. susah nak kawal hati bila kita kaya raya ni.. kurang kemanisan sifat sabar dan zuhud. Tapi ramai juga orang kaya yang baik. Yang suka menolong orang lain, menolong ummah.. baguslah. itu juga satu aspek jihad yang mulia.
Kita bersyukur... kita bersyukur terutamanya kita beriman, kita dikurniakan nikmat Islam.. kita sejak dilahirkan kita dalam " Agama yang diredhai di sisi Allah, hanyalah Islam" (Al Quran; Surah Aali Imran: 19). Kita mudah mudahan terus gigih mempelajari dan mengembangkan Islam.
Sunday, October 2, 2011
Masa dan Peluang Bermunajat
Apabila kita ambil wuduk, kemudian ke masjid atau ke tikar sembahyang, di mana sahaja yang dibolehkan, kemudian kita mendirikan solat... maka ketika itulah kita berpeluang bermunajat kepada Allah swt. Sebenarnya kita sedang bermunajat kepada Allah, jika kita pelihara solat kita itu, jaga syarat sahnya, rukun rukunnya, yang wajib yang sunat, bacaan dan perbuatan, waktunya, khusyuknya.. itulah munajat kita. itulah masa terbaik untuk bermunajat kepada Allah, dan Allah pasti melihat , mengetahui dan memahami apa yang kita lakukan dan persembahkan.. ambil kesempatan ini. Jangan lalai memuji Allah, mengagungkan Allah, dan berdoa kepada Allah, terutama dalam sujud.
Jangan kita rugi hidup di dunia yang jadi ladang akhirat ini, kerana melalaikan peluang bermunajat kepada Allah. bila ingin mengerjakan solat, ingatlah inilah agenda terpenting kita dalam hidup di dunia ini, maka bermunajatlah puas-puas.. hingga terasa manisnya iman, manisnya ibadah dan betapa damainya hati hidup dengan ilmu yang hak. insya Allah.. saya mengingatkan diri saya.
Wednesday, September 14, 2011
Bersedekah amalan mulia
Aswad bin Yazid meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ubatilah orang-orang kamu yang sakit dengan mengeluarkan sedekah dan bentengilah harta-harta kamu dengan mengeluarkan zakat dan siapkan untuk menjauhi bala dengan berdoa." (Hadis riwayat Baihaqi)
Hadis di atas memberi jalan keluar untuk banyak masalah, dan memberi kaedah mendapatkan ketenangan jiwa dan keharmonian hidup.. Insya Allah akan ku cuba laksanakan perintah ini. Demi mengusahakan kehidupan yang sejahtera buat diriku dan ahli keluargaku dan sedikit sebanyak dapat daku membantu umat Islam sekadar yang mampu. Semua ini ilham dari Allah jua.. Yang menguatkan hati dan menetapkan niat untuk bersedekah dan berzakat ialah Allah jua. Mudah-mudahan amalan kita diterima oleh Allah s.w.t. Kita ini hamba Allah yang beruntung jika kita mengenaliNya.. Ramai manusia tidak kenal Allah. Ramai manusia menafikan bahawa Allah ialah Tuhan yang layak disembah , semata mata kerana sikap sombong mereka dan angkuh dan jahil tidak mahu belajar. Cubalah kita renungkan, betapa berharganya iman itu. Iman akan menyelamatkan. Tapi iman boleh hilang kerana banyak perkara, kerana tamak haloba, kerana kedengkian dalam hati, kerana zalim, kerana nafsu yang menjadi raja.. hingga kalah pertimbangan diri. maka usahalah untuk menguatkan iman... termasuk di situ ialah beramal mengeluarkan zakat, bersedekah, berdoa, berzikir dan selalu menolong orang yang memerlukan. insya Allah niat yang baik dapat dilaksanakan.
Friday, September 9, 2011
Mohon Keredhaan Mu
Ramadan telah berlalu. Semoga kita bertemu lagi ramadan tahun hadapan, agar dapat menyambung ibadah. Namun segalanya terserah pada Allah swt. Hingga takat mana umur kita hidup di dunia, Allah saja yang tahu. Dia yang menetapkan. Dia yang menentukan hidup dan mati manusia dan semua makhluk yang lain. Dia menentukan rezeki, Dia yang menentukan susah senang kita. Manusia yang beriman akan berlapang dada, sabar dan redha, sementara yang tidak yakin kekuasaan Allah atau tidak beriman, atau tidak bersyukur, tunggulah apa yang menanti di dunia dan di kehidupan akhirat.
Sebenarnya Syawal yang tiba bukan untuk bersuka ria hingga melupakan perintah Allah. Cuba kita masa nak makan minum kita ingat bahawa masa bulan ramadan kita tak boleh makan minum, tapi kini boleh, Allah benarkan. Cuba kita fikir, boleh sahaja Allah wajibkan kita berpuasa sepanjang tahun. Tapi Allah tidak begitu. Kita boleh makan dan minum dan lain-lain perkara lagi yang dibenarkan. Kita mesti bersyukur boleh makan minum dan diberi rezeki untuk makan minum.. mesti ingat Allah selalu, berterima kasih, dan mohon Dia redha kita makan minum.. patutkah kita makan dan minum dalam keadaan kita banyak berdosa kepada Allah.. Patutkah? Tidakkah kita malu kepada Allah? Tidakkah kita patut memohon ampun kepad Allah.. Mana ada makanan atau minuman yang bukan rezeki dari Allah? Ingatlah kalau Allah tarik nikmat sihat dari kita, kita pun tak boleh makan dan minum macam masa sihat. Oleh itu saya mengingatkan diri saya supaya selalu bersyukur dan beristighfar.. Tanda bersyukur yang paling utama ialah menjaga solat kita. Buat yang fardhu sebaik-baiknya, banyakkan yang sunat. Satu sujud menghapuskan satu dosa dan meninggikan kita satu darjat. Saya takut sebenarnya untuk berdakwah, sebab banyak sekali nas yang menyatakan peringatan kepada manusia, supaya melakukan apa yang diperkatakan sendiri. Maksudnya saya lebih berdosa dari orang lain, kalau saya sendiri tak buat apa yang saya katakan. Saya mohon hidayah, saya mohon pimpinan Allah dan syafaat Rasul, saya yang hina ini ingin berbakti untuk agama suci ini. Itu saja. Untuk motivasi diri sendiri, dan insya Allah untuk teman-teman dan seluruh umat manusia.
Sebagai rumusan, nak makan minum ingat Allah, mohon keizinan dan keredhaan Allah. Mohon keberkatan. Mohon dijadikan kita orang Islam yang baik, yang cemerlang. Yang akan bersama Rasulullah dan orang-orang yang dicintai di syurga firdaus. Mudah-mudahan.
Sebenarnya Syawal yang tiba bukan untuk bersuka ria hingga melupakan perintah Allah. Cuba kita masa nak makan minum kita ingat bahawa masa bulan ramadan kita tak boleh makan minum, tapi kini boleh, Allah benarkan. Cuba kita fikir, boleh sahaja Allah wajibkan kita berpuasa sepanjang tahun. Tapi Allah tidak begitu. Kita boleh makan dan minum dan lain-lain perkara lagi yang dibenarkan. Kita mesti bersyukur boleh makan minum dan diberi rezeki untuk makan minum.. mesti ingat Allah selalu, berterima kasih, dan mohon Dia redha kita makan minum.. patutkah kita makan dan minum dalam keadaan kita banyak berdosa kepada Allah.. Patutkah? Tidakkah kita malu kepada Allah? Tidakkah kita patut memohon ampun kepad Allah.. Mana ada makanan atau minuman yang bukan rezeki dari Allah? Ingatlah kalau Allah tarik nikmat sihat dari kita, kita pun tak boleh makan dan minum macam masa sihat. Oleh itu saya mengingatkan diri saya supaya selalu bersyukur dan beristighfar.. Tanda bersyukur yang paling utama ialah menjaga solat kita. Buat yang fardhu sebaik-baiknya, banyakkan yang sunat. Satu sujud menghapuskan satu dosa dan meninggikan kita satu darjat. Saya takut sebenarnya untuk berdakwah, sebab banyak sekali nas yang menyatakan peringatan kepada manusia, supaya melakukan apa yang diperkatakan sendiri. Maksudnya saya lebih berdosa dari orang lain, kalau saya sendiri tak buat apa yang saya katakan. Saya mohon hidayah, saya mohon pimpinan Allah dan syafaat Rasul, saya yang hina ini ingin berbakti untuk agama suci ini. Itu saja. Untuk motivasi diri sendiri, dan insya Allah untuk teman-teman dan seluruh umat manusia.
Sebagai rumusan, nak makan minum ingat Allah, mohon keizinan dan keredhaan Allah. Mohon keberkatan. Mohon dijadikan kita orang Islam yang baik, yang cemerlang. Yang akan bersama Rasulullah dan orang-orang yang dicintai di syurga firdaus. Mudah-mudahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)